Monday, December 13, 2010

3 bulan sudah!

Alhamdulillah dari 17 September 2010 hingga sekarang sudah 2 bulan aku bergelar usahawan perkhidmatan jurufoto. Masih boleh bertahan dalam menempuh liku-liku hidup bekerja tanpa makan gaji seperti dulu.

Apa yang sudah di rancangkan seperti 7 tahun dahulu kini realiti sudah semakin nyata. Formula yang di teorikan dahulunya kini sudah semakin memberi kesan yang positif.

Pergantungan terhadap satu bidang belum tentu menjamin masa depan, memiliki kemahiran yang pelbagai serta peralatan yang lengkap menjadikan bisnis lebih lancar dan bakal pelanggan lebih yakin terhadap kemampuan kita.