Tuesday, October 11, 2011

ayang ku pondan

suami: x rugi abg kahwin syg ni.
Isteri: yeke abg? Knp?
Suami: yela, badan gebu, mantap lg tu.
Isteri: nakal la abg ni.hihihihi
Suami: tp yg gambar macho ne siapa? Bapa syg? Abg syg? Bf syg? Oooo syg curang sm abg ya!!!
Isteri: bu..bu..bukan abg. Jgn ckp bgtu
Suami: habis ini gambar siapa?!!
Isteri: ini gambar syg sblm operate.
Suami: hahhhhhh *@/?!!.... ..*#+

Tuesday, July 12, 2011

Professional Head Shots

Dalam dunia perniagaan, Kebanyakan mereka selalunya memerlukan foto Head Shot, gambar yang menunjukkan yang dekat hanya muka dan mungkin sedikit bahu. Banyak organisasi sosial membuat permintaan jenis gambar yang sebegini untuk penerbitan mereka.

Jika anda mengambil Head shot, saya mencadangkan anda melabur wang untuk pembelian salah sebuah lampu studio profesional.Melangkah kerusi di sebelah tingkap adalah penyelesaian yang baik untuk potret rumah, tetapi sedikit unpractical di pejabat, gereja, atau out-of-rumah yang lain tetapan. Cahaya studio juga akan membolehkan anda untuk menembak tanpa flash, menjimatkan lebih mudah untuk menetapkan mata-merah dalam gambar setiap.

Friday, April 29, 2011

Set up group photo pelajar sekolah


April 19, 2011

Sesi bergambar pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia telah pun selesai dilaksanakan. Untuk tidak terlupa, saya dokumenkan setup kerja yang telah di buat.

Wednesday, April 27, 2011

Untuk Mu Loloq


April 24, 2011

Sepatutnya aku jumpa kuci hari ini untuk serahkan hasil lukisan kepadanya. Alhamdulillah langkah kanan aku hari ini, Kuci offer untuk tonton konsert "Untuk Mu Loloq". Setelah sekian lama tidak pergi menonton konsert, kegembiraan ini aku kongsikan bersama isteri tersayang bersama-sama ke konsert.

Sepanjang 2 jam berada di Panggung Sari Istana Budaya, pengalaman terbaik dan mengimbau kenangan yang aku pernah bermalam selama 7 hari 6 malam di belakang tabir Panggung Sari untuk menyiapkan kerja-kerja membuat prop. Pernah berkhidmat untuk Arwah Hani Mokhsin dalam pembikinan set teater Ronggeng Rokiah tahun 2002.

Imbauan untuk malam ini terkabur apabila dendangan lagu-lagu dari penyanyi Ella, Ali, Tam, Ramli Sarip dan Dato M Nasir mula menusuk ke dalam gegendang telinga. Karya-karya penulisan lirik dari arwah Loloq di hayati dan di ikuti dari setiap bait patah perkataan yang dialunkan dengan tempo musik, pada masa ketika dahulu lagu-lagu ini pernah 'hit' mendapat tempat teratas carta lagu popular. Kini dendangan kembali mengigatkan betapa arwah Loloq punyai karisma yang tinggi dan kaya dengan curahan idea-idea penulisan lirik yang tinggi nilai seninya.




Saturday, April 2, 2011

Art De'Sign

Tepat jam 8 pm talipon berbunyi, tertera nama Dato Iz di screen lcd 'iPon-Nye'. setelah bercakap temujanji 'confirm' di salah sebuah restoran steak berdekatan dengan kawasan. Kata Dato Iz dia perlukan pemecah selera yang telah pudar semenjak 3 minggu akibat demam berpanjangan.

Hidangan di jamah sambil mendengar seleroh dari Dato Iz. Intipati tajuk perbualan tentang asal sebutan 'Design'. Bermula dengan De' Sign, maksudnya tanda. De' seperti 'di' dan 'sign' tanda. Kira bunyi melayunya 'di tanda' atau kata lain 'seni di tanda'. (Art and design)

Simple sahaja.

Friday, January 14, 2011

4 bulan bergelar usahawan

Sudah 4 bulan aku bergelar usahawan dalam khidmat jurufoto, alhamdulillah masih lagi mampu untuk berdiri tegak. Dalam sepanjang tempoh 4 bulan yang singkat ini banyak juga impak pengalaman yang sudah di lalui. Entahlah... perjalanan didepan masih lagi jauh panjang. Aku malas nak pikirkan apa akan berlaku esok, cuma pikirkan apa harus aku lakukan waktu sekarang ini.

Dalam masa singkat ini pulangan yang di terima amat memberangsangkan. Bila tengok buku simpan kira-kira, macam tak percaya perbelanjaan sekarang meningkat 3 kali ganda kalau di bandingkan dengan masa bekerja makan gaji. Pelik? bagaimana pendapatan yang ada ini dapat menampung begitu sekali. Setelah di teliti, pelaburan terhadap peralatan kamera sudah mencecah 30 ribu lebih tanpa membuat sebarang pinjaman dari bank atau pun Ah Long. Satu angka yang kecil sebenarnya, tetapi ia satu bentuk pencapaian yang baik dalam bentuk pusingan modal.

Dari benak kepala memikirkan kenapa lah dari dulu lagi aku tidak lakukan sahaja bisnis ni... 15 tahun dalam industri, baru sekarang aku jumpa jalan yang dapat memenuhi impian. 15 tahun... sapa sangka sekarang baru boleh lakukan bisnis jurufoto. InsyAllah, impian membuka kedai foto adalah langkah seterusnya untuk duduk stabil di dalam pasaran bebas bersaing.

Selepas ini rancangan untuk duduk belajar semula dalam sektor peruncitan di mana-mana badan kerajaan dan semi kerajaan yang menawarkan banyak peluang kepada usahawan bumiputra. Apabila 30% bisnis sudah di jalankan, mungkin ia menjadikan satu folio kepada permohonan terhadap badan-badan yang sedia mebantu.

Dapat atau tidak sudah bukan ukuran, bisnis tetap di jalankan. Jika sangkut, langkah yang lebih besar memikulkan satu tanggungjawab memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berbakat.

InsyAllah!