Friday, January 14, 2011

4 bulan bergelar usahawan

Sudah 4 bulan aku bergelar usahawan dalam khidmat jurufoto, alhamdulillah masih lagi mampu untuk berdiri tegak. Dalam sepanjang tempoh 4 bulan yang singkat ini banyak juga impak pengalaman yang sudah di lalui. Entahlah... perjalanan didepan masih lagi jauh panjang. Aku malas nak pikirkan apa akan berlaku esok, cuma pikirkan apa harus aku lakukan waktu sekarang ini.

Dalam masa singkat ini pulangan yang di terima amat memberangsangkan. Bila tengok buku simpan kira-kira, macam tak percaya perbelanjaan sekarang meningkat 3 kali ganda kalau di bandingkan dengan masa bekerja makan gaji. Pelik? bagaimana pendapatan yang ada ini dapat menampung begitu sekali. Setelah di teliti, pelaburan terhadap peralatan kamera sudah mencecah 30 ribu lebih tanpa membuat sebarang pinjaman dari bank atau pun Ah Long. Satu angka yang kecil sebenarnya, tetapi ia satu bentuk pencapaian yang baik dalam bentuk pusingan modal.

Dari benak kepala memikirkan kenapa lah dari dulu lagi aku tidak lakukan sahaja bisnis ni... 15 tahun dalam industri, baru sekarang aku jumpa jalan yang dapat memenuhi impian. 15 tahun... sapa sangka sekarang baru boleh lakukan bisnis jurufoto. InsyAllah, impian membuka kedai foto adalah langkah seterusnya untuk duduk stabil di dalam pasaran bebas bersaing.

Selepas ini rancangan untuk duduk belajar semula dalam sektor peruncitan di mana-mana badan kerajaan dan semi kerajaan yang menawarkan banyak peluang kepada usahawan bumiputra. Apabila 30% bisnis sudah di jalankan, mungkin ia menjadikan satu folio kepada permohonan terhadap badan-badan yang sedia mebantu.

Dapat atau tidak sudah bukan ukuran, bisnis tetap di jalankan. Jika sangkut, langkah yang lebih besar memikulkan satu tanggungjawab memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berbakat.

InsyAllah!