Tuesday, March 13, 2012
Yahooo blog "on" balik
Seperti biasa, sepanjang penglibatan dlm blog ini agak sunyi, kehidupan di luar masih diteruskan seperti biasa. "Tak kerja takda gaji beb!"
Tuesday, October 11, 2011
ayang ku pondan
Isteri: yeke abg? Knp?
Suami: yela, badan gebu, mantap lg tu.
Isteri: nakal la abg ni.hihihihi
Suami: tp yg gambar macho ne siapa? Bapa syg? Abg syg? Bf syg? Oooo syg curang sm abg ya!!!
Isteri: bu..bu..bukan abg. Jgn ckp bgtu
Suami: habis ini gambar siapa?!!
Isteri: ini gambar syg sblm operate.
Suami: hahhhhhh *@/?!!.... ..*#+
Tuesday, July 12, 2011
Professional Head Shots
Friday, April 29, 2011
Set up group photo pelajar sekolah
Wednesday, April 27, 2011
Untuk Mu Loloq

April 24, 2011
Saturday, April 2, 2011
Art De'Sign
Friday, January 14, 2011
4 bulan bergelar usahawan
Sudah 4 bulan aku bergelar usahawan dalam khidmat jurufoto, alhamdulillah masih lagi mampu untuk berdiri tegak. Dalam sepanjang tempoh 4 bulan yang singkat ini banyak juga impak pengalaman yang sudah di lalui. Entahlah... perjalanan didepan masih lagi jauh panjang. Aku malas nak pikirkan apa akan berlaku esok, cuma pikirkan apa harus aku lakukan waktu sekarang ini.
Dalam masa singkat ini pulangan yang di terima amat memberangsangkan. Bila tengok buku simpan kira-kira, macam tak percaya perbelanjaan sekarang meningkat 3 kali ganda kalau di bandingkan dengan masa bekerja makan gaji. Pelik? bagaimana pendapatan yang ada ini dapat menampung begitu sekali. Setelah di teliti, pelaburan terhadap peralatan kamera sudah mencecah 30 ribu lebih tanpa membuat sebarang pinjaman dari bank atau pun Ah Long. Satu angka yang kecil sebenarnya, tetapi ia satu bentuk pencapaian yang baik dalam bentuk pusingan modal.
Dari benak kepala memikirkan kenapa lah dari dulu lagi aku tidak lakukan sahaja bisnis ni... 15 tahun dalam industri, baru sekarang aku jumpa jalan yang dapat memenuhi impian. 15 tahun... sapa sangka sekarang baru boleh lakukan bisnis jurufoto. InsyAllah, impian membuka kedai foto adalah langkah seterusnya untuk duduk stabil di dalam pasaran bebas bersaing.
Selepas ini rancangan untuk duduk belajar semula dalam sektor peruncitan di mana-mana badan kerajaan dan semi kerajaan yang menawarkan banyak peluang kepada usahawan bumiputra. Apabila 30% bisnis sudah di jalankan, mungkin ia menjadikan satu folio kepada permohonan terhadap badan-badan yang sedia mebantu.
Dapat atau tidak sudah bukan ukuran, bisnis tetap di jalankan. Jika sangkut, langkah yang lebih besar memikulkan satu tanggungjawab memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang berbakat.
InsyAllah!
Monday, December 13, 2010
3 bulan sudah!
Apa yang sudah di rancangkan seperti 7 tahun dahulu kini realiti sudah semakin nyata. Formula yang di teorikan dahulunya kini sudah semakin memberi kesan yang positif.
Pergantungan terhadap satu bidang belum tentu menjamin masa depan, memiliki kemahiran yang pelbagai serta peralatan yang lengkap menjadikan bisnis lebih lancar dan bakal pelanggan lebih yakin terhadap kemampuan kita.
Friday, August 20, 2010
DUIT
Mencari D.U.I.T sudah wujud ibadahnya dimana erti makna abjad D.U.I.T sudah menggambarkan kepada bentuk Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. 4 perkara yang harus ada pada setiap insan yg berkerja. Insyallah rezeki ada padanya dan dia yang memberi.
Wednesday, August 18, 2010
30 hari yang mendatang
10 tahun yang lepas aku pernah gagal, semoga kali ini aku kembali dengan lebih yakin serta matlamat yang di semai sebelum ini menjadi pokok yang kuat denga akar mengcengkam bumi.
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK
Khyrul Alfie Bin Juraimi
Unit 1.13, Sinaran Ukay Residence,
Jalan Bukit Utama 1,
Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang,
Selangor.
Haji Che Mazlan Saad
Pengarah Urusan
Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd
2-1, Jalan 9/23A, Medan Makmur
Off Jalan Usahawan,
Setapak 53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK
Saya Khyrul Alfie Bin Juraimi memegang jawatan sebagai pereka grafik di Syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd, menyatakan hasrat untuk meletak jawatan di syarikat Tuan.
Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan tempoh notis sebulan sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian surat tawaran kerja kepada saya.
Saya berterima kasih kepada pihak tuan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Dan sepanjang kerjaya saya di syarikat tuan, saya berasa amat bertuah mengenal dunia penerbitan buku dengan lebih luas.
Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana-mana pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu-alukan pihak tuan untuk memberitahu saya. Dan saya berharap jika hubungan saya terhadap syarikat tidak terputus begitu sahaja dengan perletakan jawatan saya di syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………
Khyrul Alfie Bin Juraimi
Friday, January 29, 2010
Sinaran Ukay Resident dan objektif nya JMB
Objektif dalam persatuan penduduk Sinaran Ukar Resident
- Memupuk semangat gotong royong dan sikap tolong menolong diantara penduduk dalam soal kebajikan dan keharmonian penduduk taman.
- Meningkatkan nilai institusi kekeluargaan berasaskan :
- Aktiviti kebudayaan dan sosial
- Aktiviti sukan dan rekreasi
- Kebersihan dan persekitaran
- Perkembangan anak-anak
- Memupuk dan menanam semangat muhibbah dan persefahaman diantara penduduk yang berbilang kaum melalui aktiviti sukan, kebudayaan dan sosial.
- Melindungi kepentingan penduduk mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman.
- Mengujudkan masyarakat taman yang bersefahaman, hormat menghormati, harmoni dan aman damai dikalangan penduduk kawasan kediaman.
- Membangkitkan isu-isu semasa kepentingan penduduk taman kepada pihak Pemaju.
- Mengujudkan kerjasama dan persefahaman diantara pihak Pemaju, Agensi Kerajaan Tempatan dan Pihak Pihak Berkuasa Negeri dengan Persatuan berhubung dengan kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kediaman.
