Tuesday, July 28, 2009

Ter-kata itu

Indah jika kita diam sambil melihat alam, berkata di hati sambil memuja kebesaran tuhan. Jangan bersangka buruk, jangan jaga tepi kain dan jangan sombong. Nikmatinya dengan setiap sedutan nafas serta hembuskan dengan penuh kepuasan.

Langit cerah permandangan terang bagaikan kristal

Setelah sekian lama bandaraya Kuala Lumpur di selubingi jerebu yang mencemarkan alam, kini semakin pulih serta udara semakin terasa segar. Aman yang bergumpal dan bergerak ditiup angin putih berkabu tidak seperti sebelum ini. Langit cerah menampakan warna biru yang mendamaikan. Ah! betapa rindunya permandangan seperti ini.

Pada malam hari kereta di pandu laju menuju ke pusat kota, terlihat sinar cerah bagaikan kilau berlian dari menara berkembar Petronas yang sebelum ini samar-samar sahaja dan cahaya terbias tidak berkilau tapi seperti kusam.

Ah! masa yang sesuai untuk bersenam sambil menghirup udara segar yang tidak mencemarkan. Terasa dada ini begitu lapang yang sebelum ini senak dan sesak untuk menyedut. Ini lah alam yang sebenarnya yang ditanggungjawabkan kepada manusia di muka bumi ini oleh Allah S.W.T sebagai Khalifah.

Tapi adakah ini akan berterusan kekal? hakikatnya dunia ini hanya sementara dan manusia juga adalah ejen perosak alam ciptaan Allah S.W.T akhirnya.

Saturday, May 23, 2009

Ilham magrib

Aku termenung dengan insan yang 'pelik' terdorong mencipta sesuatu yang indah, kegilaannya yang hampir fana sekaligus hasilnya dijulang sehingga jasad dikuburkan yang pasti keagungan pencipta sentiasa merahmati perbuatannya tanpa diskriminasi.

Monday, January 12, 2009

GAPIS ADVENTUROUS

Itinerary program:

Saturday 7hb Feb

------------------------


8.30am - Gathering at Petronas R&R Rawang. (After R&R Sg. Buloh
before Bukit Beruntung).

9.30am - Convoy to Slim River exit Tg. Malim toll then passing thru
Proton City before hitting old road to Slim Village.

10.30am - Assemble at Slim Village for briefing.

11.00am - Visit to kampung Orang Asli (sumbangan hadiah)

11.30am - To waterfall nearby - ready to get wet.

12.30pm - Lunch (prepared by Atan)

2.30pm - depart waterfall for our night camp site.

3.30pm - Arrival at camp site.(pasang khemah sendiri)

4.30pm - Demonstration blow pipe & blow pipe competition. (pemenang
kena panjat pokok...hahaha...)

7.00pm - solat maghrib berjemaah.

7.45pm - Campfire - dinner buffet style plus BBQ (Badan Belia Slim River
adakan performing apa2 saja...dan group kita juga kena
perform sama seperti menyanyi, lawak jenaka, deklimasi sajak
atau apa2 aje...)

11.00pm - Tidur time


Sunday 8hb Feb

---------------------


8.00am - Breakfast
9.00am - Visit to another kampung Orang Asli (handycraft Orang Asli)
atau kita adakan game untuk participants)
12.30pm - Lunch
3.00pm - Depart back to KL


Thursday, January 8, 2009

Bush Anjing Israel

Bush anjing israel yang banyak kencing ke atas rakyat Amerika
yang dunggu lagi bongkak.

Saturday, December 20, 2008

Peristiwa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Sejarah lama berulang kembali, kehilangan nyawa dan harta benda akibat dari kerakusan manusia sendiri yang merogol alam sekitar. Apakah ini yang kita inginkan pada masa-masa akan datang? sudah semestinya kita menidakan perkara ini terjadi berulang lagi. Tetapi apakah langkah seterusnya patut di lakukan dan siapa harus dilibatkan?

Kejadian yang menimpa warga Bukit Antarabangsa jangan ada di antara kita yang memejam sebelah mata dan ambil tidak peduli. Ini satu contoh kepada kita agar sentiasa merasa kasih dan sayang akan segala ciptaan tuhan. Sesungguhnya untuk melahirkan rasa sayang dan kecintaan kepada Allah, harus di tunjukan kepada setiap makhluk ciptaannya.

Friday, December 19, 2008

Notis pemberitahu bukan dari DBKL

Dalam ruangan blog ini tidak terdapat banyak koleksi gambar dari Alfiearth. Kalau ada yang teruja untuk melihatnya sila lawati alfiearthphoto

Kemaluan

Aku pening dengan pelbagai jenis kemaluan yang melolos diri di hadapan aku. Apakah mereka ini tidak perasan apa yang di tontoni oleh segenap lapisan manusia umumnya rakus dengan pandangan nafsu? Apakah mereka ini sememangnya bisa rasa megah dengan kemaluan mereka yang tidak di bendung? Apakah mereka ini sememangnya tidak punyai kemaluan?

Sunday, October 12, 2008

Boleh - boleh

Minggu pertama selepas cuti dari berhari raya...

Di pejabat ada buat 'Potluck' jamuan hari raya. Aku bawak Kek Lapis Sarawak yang dah 2 1/2 minggu berada di dalam peti ais. Kak akaun tanye aku kenapa kek ni sejuk sangat dan aku katakan kepadanya air cond kapalterbang sejuk sangat.

'Bila beli ni?' tanya Kak akaun

'Semalam g Sarawak' aku gebang. Ihk ihk

Masa aku tengah Q untuk ceduk spaghetti kontot dan besar macam siput sedut, aku terperasan ada orang lain yang aku tak pernah jumpa. Aku tanya dari mana, rupanya dari Kemboja. Baru sampai semalam juga. Cuma kitorang berlainan kapalterbang jer. Ihk ihk

Aku tanya boleh cakap Melayu dan dia angguk kata 'Boleh'. Sebelum tu aku minta dia hulurkan jag air teh dan dia kata 'Boleh'. Aku tanya larat ke dia nak habiskan Spaghetti kontot siput sedut yg pedas tu dan dia kata 'Boleh'. Not bad paham juga dia bahasa Melayu.

10 minit suku berlalu aku lupa lak tanya nama dia 'Eh...ko apa nama?' dan dia jawab 'Boleh' sambil meneguk air kepedasan.

Huuh! tak paham ler tu.

Thursday, October 2, 2008

Malaysian Naive Arts Showcase 2008



Organize by GajahGajah Gallery

Pameran in telah berlansung di Gallery Annexe Central Market Kuala Lumpur, selama 14 hari dari 8 May hingga 25 May 2008. Dirasmikan oleh Duta Norway Encik Arild Braastad melibatkan sejumlah besar pelukis aliran naif tempatan. Pameran ini juga merupakan julungkali dalam sejarah berjaya menghimpunkan koleksi lukisan naif terbesar di dalam Malaysia.

Berkat kerjasama antara angota pelukis naif sendiri untuk bertungkus-lumus di bawah naugan Yusof Gajah berjaya menghasilkan sebuah pameran yang cukup berprestij dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak tempatan dan tak juga kepada dunia luar.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery berjaya memartabatkan genre naif yang dipelopori oleh Yusof Gajah selaku pelukis terawal yang membawa imej lukisan naif di Malaysia. Lukisan naif tempatan juga telah diiktirafkan peminat seni antarabangsa yang membawa imej bentuk warna gaya Malaysia yang tersendiri dan punyai kelainan dari hasil lukisan yang ada. Dengan ini Malaysia telah punyai identiti terulung dalam dunia catan tanah air kepada peringkat antarabangsa walaupun di tanah air ianya tetap di pandang sepi oleh sesetengah pihak.

Semangat setia kawan antara kumpulan pelukis naif dibawah bumbung GajahGajah Gallery sentiasa utuh dan bersatu padu dalam mengembeling idea serta keringat dalam berkarya telah tergambar di atas kanvas dengan mempengaruhi unsur kecerian dan kemeriahan yang penuh tulus dan ikhlas.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery sentiasa punya wawasan dan objektif selain dari berkarya. Penglibatan dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan membuatkan seni itu sentiasa hidup harmoni di dalam persekitaran yang baik, dapat diterapkan nilai-nilai perpaduan dan kemesraan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada kekuatan sebuah negara dari pelbagai aspek. Akhir sekali seni itu tetap milik mutlak setiap individu.

Ucapan Salam Eidulfitri

Saturday, August 23, 2008

Monolog Senyum Sokmo

Khmis (07/08/08) 9:30 pagi aku bertolak menuju ke Kuala Terengganu dalam keadaan yang amat teruja setelah sekian lama tidak keluar bercuti panjang. Kerja yang selama ini buat aku stress aku tinggalkan selama 5 hari. Yeehaaa!. Mungkin Kak editor akan rasa kesepian setelah ketiadaan aku pergi untuk bergumbira di Pantai Batu Burok (sebenarnya aku pergi atas dasar jemputan kahwin yang di taja).

Selama usia aku, ini lah pertama kali aku bercuti ke Trengganu. Sebelum ini aku hanya bersiar-siar di kawasan sebelah barat sahaja. Entah ler, macamana agak rupanya Negeri Trengganu ni. Bandar di pesisiran pantai ibarat seperti di Miami atau pun Florida (eh! Miami tu memang dekat Florida ler). Huh! macam-macam yang aku dengar dan lihat dalam website. Rasanya tak sama kalau tidak sendiri berada di sana. Yang pasti 5 jam lagi aku akan menikmati suasana baru. Nantikan kedatangan aku sekalian penyu! Heh.

Sepanjang menyusuri jalan lebuh genting, udara segar terasa nyaman tak terkata. Aku seperti Jakun yang mengangakan mulut di luar tingkap kereta sambil membiarkan angin deras masuk ke dalam rongga. "woi tutup ler tingkap tu...air apa masuk kena muka aku ni" sergah rakan duduk di belakang. Gulp! sorok-sorok aku mengesat bibir dan pipi mengunakan tisu.

Warna kehijau pekat hutan dari banjaran titiwangsa menyimpan seribu satu kisah hidupan flora dan fauna amat mempersonakan. Di sisir tepi jalan gadis-gadis genit duduk bersantai begitu asyik melihat setiap kereta yang lalu. Kereta di perlahankan "Ah! gadis berhidung kembang dan bersawa matang" rakan aku membunyikan hon kereta kedengaran suara mereka "Abang mari sekejap singgah beli lemang kitak" kereta kami terus memecut meninggalkan pondok-pondok kecil yang disediakan oleh pihak lebuhraya.

Kilometer 75 suku akhir, kami menyeberangi jambatan yang aku kirakan menarik. Pintu gerbang tersergam indah dan kiri kanan kelihatan sungai (entah apa nama) cukup lebar. Rakan aku bilang tempat ni namanya Temerloh. Di seberang jambatan terdapat kawasan rehat R&R, yang pasti kereta harus di isi petrol. Ini lah berkat menumpang kereta, serba-serbi 'tong-tong' jimat sikit. Maklum ler budget Petrol dengan tol saja dah boleh buat kita pitam.

Perjalanan masih jauh mungkin banyak lagi perkara baru yang aku belum lihat lagi. Sepanjang pemanduan kami berceloteh melebihi tahap seorang DJ di corong radio. Musik berkumandang samar-samar tidak jelas kerana tenggelam dengan suasana gelak-tawa. Dalam keasyikan berbual kami terdiam bagaikan ada sesuatu. Keadaan menjadi hening, dahi masing-masing kelihatan berkerut dan nafas terasa berhenti serta kedengaran jantung berdetik perlahan dup! dap! dup! dap! dup!. Deruman enjin kereta dan bunyi pendingin serta musik seperti tiada rangsangan. Kelihatan jari-jemari mula bergerak-gerak seiringan dengan pergelangan tangan seperti mencari arah sesuatu "Breezzzzzz" bunyi 4 daun tingkap diturunkan. "Siapa kentut niiiii...Bwuekk" keriuhan kembali seperti sedia-kala dengan hilai-tawa serta maki-hamun.

Angka minit bergerak tanpa halangan, begitu juga digit-digit kilometer di dashboard berpusing dan jarum meter sentiasa berada di atas paras 120 kilometer sejam. Rakan aku memandu seperti mahu lekas tiba ke destinasi. Kadang-kadang terasa deras memecut memintas setiap lori trailer dan kereta. Aku tak perasan pun jika ada kenderaan lain yang cuba memintas. Aku pesan berhati-hati ketika memandu dan rakan aku jawab dia tak fikir pun kereta yang dipandunya terlalu laju sedangkan pandangan hati dia seperti memandu dalam kadar kelajuan yang biasa. Masalah. Aku mensarankan agar dia mengambil Al Jabbar. Dia bertanya apakah kejadanya Al jabbar dan untuk apa?. Aku bilang untuk hati sentiasa beringat, kena telan pil. Rakan aku pelik, aku beritahu kepada dia supaya terus memandu. Bila tiba masanya nanti aku akan tunjukan sesuatu berkenaan dengan Al Jabbar. "Ha...tu dia."

Bersambung...