Tuesday, July 28, 2009

Langit cerah permandangan terang bagaikan kristal

Setelah sekian lama bandaraya Kuala Lumpur di selubingi jerebu yang mencemarkan alam, kini semakin pulih serta udara semakin terasa segar. Aman yang bergumpal dan bergerak ditiup angin putih berkabu tidak seperti sebelum ini. Langit cerah menampakan warna biru yang mendamaikan. Ah! betapa rindunya permandangan seperti ini.

Pada malam hari kereta di pandu laju menuju ke pusat kota, terlihat sinar cerah bagaikan kilau berlian dari menara berkembar Petronas yang sebelum ini samar-samar sahaja dan cahaya terbias tidak berkilau tapi seperti kusam.

Ah! masa yang sesuai untuk bersenam sambil menghirup udara segar yang tidak mencemarkan. Terasa dada ini begitu lapang yang sebelum ini senak dan sesak untuk menyedut. Ini lah alam yang sebenarnya yang ditanggungjawabkan kepada manusia di muka bumi ini oleh Allah S.W.T sebagai Khalifah.

Tapi adakah ini akan berterusan kekal? hakikatnya dunia ini hanya sementara dan manusia juga adalah ejen perosak alam ciptaan Allah S.W.T akhirnya.

No comments: