Friday, April 29, 2011

Set up group photo pelajar sekolah


April 19, 2011

Sesi bergambar pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia telah pun selesai dilaksanakan. Untuk tidak terlupa, saya dokumenkan setup kerja yang telah di buat.

Wednesday, April 27, 2011

Untuk Mu Loloq


April 24, 2011

Sepatutnya aku jumpa kuci hari ini untuk serahkan hasil lukisan kepadanya. Alhamdulillah langkah kanan aku hari ini, Kuci offer untuk tonton konsert "Untuk Mu Loloq". Setelah sekian lama tidak pergi menonton konsert, kegembiraan ini aku kongsikan bersama isteri tersayang bersama-sama ke konsert.

Sepanjang 2 jam berada di Panggung Sari Istana Budaya, pengalaman terbaik dan mengimbau kenangan yang aku pernah bermalam selama 7 hari 6 malam di belakang tabir Panggung Sari untuk menyiapkan kerja-kerja membuat prop. Pernah berkhidmat untuk Arwah Hani Mokhsin dalam pembikinan set teater Ronggeng Rokiah tahun 2002.

Imbauan untuk malam ini terkabur apabila dendangan lagu-lagu dari penyanyi Ella, Ali, Tam, Ramli Sarip dan Dato M Nasir mula menusuk ke dalam gegendang telinga. Karya-karya penulisan lirik dari arwah Loloq di hayati dan di ikuti dari setiap bait patah perkataan yang dialunkan dengan tempo musik, pada masa ketika dahulu lagu-lagu ini pernah 'hit' mendapat tempat teratas carta lagu popular. Kini dendangan kembali mengigatkan betapa arwah Loloq punyai karisma yang tinggi dan kaya dengan curahan idea-idea penulisan lirik yang tinggi nilai seninya.




Saturday, April 2, 2011

Art De'Sign

Tepat jam 8 pm talipon berbunyi, tertera nama Dato Iz di screen lcd 'iPon-Nye'. setelah bercakap temujanji 'confirm' di salah sebuah restoran steak berdekatan dengan kawasan. Kata Dato Iz dia perlukan pemecah selera yang telah pudar semenjak 3 minggu akibat demam berpanjangan.

Hidangan di jamah sambil mendengar seleroh dari Dato Iz. Intipati tajuk perbualan tentang asal sebutan 'Design'. Bermula dengan De' Sign, maksudnya tanda. De' seperti 'di' dan 'sign' tanda. Kira bunyi melayunya 'di tanda' atau kata lain 'seni di tanda'. (Art and design)

Simple sahaja.