Saturday, August 23, 2008

Monolog Senyum Sokmo

Khmis (07/08/08) 9:30 pagi aku bertolak menuju ke Kuala Terengganu dalam keadaan yang amat teruja setelah sekian lama tidak keluar bercuti panjang. Kerja yang selama ini buat aku stress aku tinggalkan selama 5 hari. Yeehaaa!. Mungkin Kak editor akan rasa kesepian setelah ketiadaan aku pergi untuk bergumbira di Pantai Batu Burok (sebenarnya aku pergi atas dasar jemputan kahwin yang di taja).

Selama usia aku, ini lah pertama kali aku bercuti ke Trengganu. Sebelum ini aku hanya bersiar-siar di kawasan sebelah barat sahaja. Entah ler, macamana agak rupanya Negeri Trengganu ni. Bandar di pesisiran pantai ibarat seperti di Miami atau pun Florida (eh! Miami tu memang dekat Florida ler). Huh! macam-macam yang aku dengar dan lihat dalam website. Rasanya tak sama kalau tidak sendiri berada di sana. Yang pasti 5 jam lagi aku akan menikmati suasana baru. Nantikan kedatangan aku sekalian penyu! Heh.

Sepanjang menyusuri jalan lebuh genting, udara segar terasa nyaman tak terkata. Aku seperti Jakun yang mengangakan mulut di luar tingkap kereta sambil membiarkan angin deras masuk ke dalam rongga. "woi tutup ler tingkap tu...air apa masuk kena muka aku ni" sergah rakan duduk di belakang. Gulp! sorok-sorok aku mengesat bibir dan pipi mengunakan tisu.

Warna kehijau pekat hutan dari banjaran titiwangsa menyimpan seribu satu kisah hidupan flora dan fauna amat mempersonakan. Di sisir tepi jalan gadis-gadis genit duduk bersantai begitu asyik melihat setiap kereta yang lalu. Kereta di perlahankan "Ah! gadis berhidung kembang dan bersawa matang" rakan aku membunyikan hon kereta kedengaran suara mereka "Abang mari sekejap singgah beli lemang kitak" kereta kami terus memecut meninggalkan pondok-pondok kecil yang disediakan oleh pihak lebuhraya.

Kilometer 75 suku akhir, kami menyeberangi jambatan yang aku kirakan menarik. Pintu gerbang tersergam indah dan kiri kanan kelihatan sungai (entah apa nama) cukup lebar. Rakan aku bilang tempat ni namanya Temerloh. Di seberang jambatan terdapat kawasan rehat R&R, yang pasti kereta harus di isi petrol. Ini lah berkat menumpang kereta, serba-serbi 'tong-tong' jimat sikit. Maklum ler budget Petrol dengan tol saja dah boleh buat kita pitam.

Perjalanan masih jauh mungkin banyak lagi perkara baru yang aku belum lihat lagi. Sepanjang pemanduan kami berceloteh melebihi tahap seorang DJ di corong radio. Musik berkumandang samar-samar tidak jelas kerana tenggelam dengan suasana gelak-tawa. Dalam keasyikan berbual kami terdiam bagaikan ada sesuatu. Keadaan menjadi hening, dahi masing-masing kelihatan berkerut dan nafas terasa berhenti serta kedengaran jantung berdetik perlahan dup! dap! dup! dap! dup!. Deruman enjin kereta dan bunyi pendingin serta musik seperti tiada rangsangan. Kelihatan jari-jemari mula bergerak-gerak seiringan dengan pergelangan tangan seperti mencari arah sesuatu "Breezzzzzz" bunyi 4 daun tingkap diturunkan. "Siapa kentut niiiii...Bwuekk" keriuhan kembali seperti sedia-kala dengan hilai-tawa serta maki-hamun.

Angka minit bergerak tanpa halangan, begitu juga digit-digit kilometer di dashboard berpusing dan jarum meter sentiasa berada di atas paras 120 kilometer sejam. Rakan aku memandu seperti mahu lekas tiba ke destinasi. Kadang-kadang terasa deras memecut memintas setiap lori trailer dan kereta. Aku tak perasan pun jika ada kenderaan lain yang cuba memintas. Aku pesan berhati-hati ketika memandu dan rakan aku jawab dia tak fikir pun kereta yang dipandunya terlalu laju sedangkan pandangan hati dia seperti memandu dalam kadar kelajuan yang biasa. Masalah. Aku mensarankan agar dia mengambil Al Jabbar. Dia bertanya apakah kejadanya Al jabbar dan untuk apa?. Aku bilang untuk hati sentiasa beringat, kena telan pil. Rakan aku pelik, aku beritahu kepada dia supaya terus memandu. Bila tiba masanya nanti aku akan tunjukan sesuatu berkenaan dengan Al Jabbar. "Ha...tu dia."

Bersambung...


Monday, August 18, 2008

Pondok UMNO di tepi pantai


Ahad, persidangan dan pemilihan umno cawangan Taman Bukit Manjakani bermula. Aku di jemput dan hadir atas satu dasar merapat hubungan silratulrahim antara rakan sekampung yang agak lama berjarak. Aku bukan hendak menjadi entrisme dalam umno dan bukan juga untuk berpolemik pasal umno. Sekadar berjumpa dan beramah mesra bersama rakan sekampung.

Ramai di antara mereka ini yang pernah sama-sama berlajar dan bermain serta bergaduh di masa dahulu tampil dengan pelbagai rupa dan watak. Alhamdullilah semuanya berkerjaya dan jelas berkarisma bercirikan lagak seorang pemimpin. Kononnya.

Aku akur dengan perubahan ideologi dan perinsip hidup. Yang ketika dahulu kami nampak sama dalam banyak hal. Secara asas perjumpaan ini atas tiket persidangan dan pemilihan tetapi tajuk bual lebih cenderung kepada hal-hal masa dahulu dan bukan kepada politik semata-mata.

Keakraban melampaui perbatasan ideologi. Jelas sekali kami bertawa-riang seperti tidak sedar ini kawasan larangan buat fahaman lain dari perjuangan mereka. Aku, bukan dikalangan kelompok pegangan mereka. Aku hanya berhubung antara teman dahulu yang pernah sama-sama mencuri buah mangga Pakcik Jamil dan membuat pesanan palsu kepada Kedai Bala untuk di hantar ker rumah Fara yang mana nilainya RM150.

Timbalan Ketua Pemuda baru dilantik berseloroh, patutlah kenapa tidak boleh keluarga si Megat di satukan dalam ikatan Perkahwinan dengan anak perempuan keluarga Si Nik. Bukan kerana berlainan fahaman sedangkan mereka berkenalan dari kecil lagi. Tetapi disebabkan kesatuan ini akan membuahkan hasil kata nama baru bagi keluarga yang bakal bergelar keluarga "Mekanik". Masakan boleh begitu, sebagai feudalisme tidak cocok gelarannya. Akhirnya gagal dan mereka membawa haluan masing-masing bersama hidup pasangan lain(aku dah kata perbualan kami bukan politik). Kami gelak besar. Manis.

Yang lebih manis, Aku diberikan peranan dalam membuat pencalonan mengunakan skrip kertas bertulis yang dimandatkan oleh teman baik yang ketika dahulu kami pernah bermusuh dari segi merebut jawatan Ketua Pemuda dari Aku. Kini kami mesra kembali dengan keterbukaan hati Aku untuk mencalonkannya selaku Ketua Pemuda dan akhirnya menang dengan undian yang besar. Tangan berjabat senyum terukir bukan kerana kerana kemenangan jawatan, tetapi satu kejayaan menjernihkan kekeruhan serta menyatukan kembali hubungan persahabatan yang pernah retak selama 12 tahun lamanya. Satu pengorbanan telah dibuat.

Selesai hal pemuda masuk pula kepada persidangan sebenar umno dengan diterujui oleh pengerusi tetap dan emcee dari Mejor bersara. Tumpuan diberi kepada golongan veteran, bendahari mengemukakan perbentangan akaun "Errr..dengan ini...errr saya sebutkan akaun..errr bagi persidangan umno tahun seribu sembilan ratus..." tersentak "Nanti dulu encik Jamil, sekarang tahun dua ribu" celah dari perwakilan. Sudah nyata sama sekali perlu ada pertukaran barisan pucuk pimpinan. Pokoknya siapa berani melawan arus?

Tiada kamera yang dapat merakam setiap detik peristiwa ini. Tetapi hati yang merakamkan betapa saat-saat penting yang dilalui di tanam semat di dalam diri aku.

Wednesday, August 6, 2008

MASKARA X-File - Sebab munasabab tak munasabah Azzamsupardi tiada di sana.

(Pinjam gambar Jap!)


Masa di beritahu. Aku dan Jonos di paksa menyampaikan sajak Azzamsupardi, aku sedang berkhayal sambil mengorek telinga dan Jonos sibuk kira timbang paper lama kat office untuk jual kepada tokey surat khabar lama. Apabila terdengar berita itu terus kami berdua terpaksa buat aksi terperanjat, batang pengorek telinga aku patah. Timbang yang di gunakan Jonos tersembul keluar jarum beserta spring. Apek tokey yang baru nak tekan butang Bell di pintu luar office tiba-tiba sakit perut rasa sembelit terus pulang. Ini semua gara-gara pengumuman yang agak kalut.

Pada awal kami kurang percaya dengan suara layang Azzamsupardi. Tetapi bila buka blog Sindikit Sol-Jah nyata sah terpampang nama kami berdua. Tidak banyak masa latihan diperuntukan malah lebih singkat dari seluar aku yang senteng. Aku dan Jonos turutkan kerenah diktaktor Azzamsupardi.

Peringkat pertama, Jonos menyediakan segala bentuk tenaga dalaman dengan minuman paket segera Tongkat Ali pelbagai jenama. Aku pula membuat telahan dan kajian beberapa siri bunyi dari yang berferikunsi tinggi hingga kepada rendah.

Peringkat kedua, kami diberi 3 lampiran kertas yang di print Azzamsupardi setiap seorang. Kami baca dalam nada yang pelbagai-bagai benci, dendam, suka tapi duka yang tidak berpanjangan. Tenaga yang berlebihan dari Jonos dapatlah dia mengangkat 3 helai kertas sajak dan Aku berjaya mengenalpasti serta menyebut beberapa bunyi yang kurasakan pelik tapi benar.

Pengalaman aku ketika membaca, bahagian yang mencabar kewibawaan pada perenggan...'Nyuyam Nyuyam...Nyamyum Nyamyum' berlaku incident di mana aku jatuh terhantuk kat bucu kerusi pasal tergolek-golek menahan gelak. Beberapa kali aku membuat percubaan untuk seraut muka yang serius tetapi setiap kali aku menyebut, bayangan Azzamsupardi yang kehilangan gigi depan tika dia mengunyah Daging Rendang Tok sentiasa menghantui fikiran aku.

Oleh itu, strategi telah di buat secara tidak terancang. Azzamsupardi akan menghilangkan diri semasa persembahan agar dapat menyelamatkan aku dan jonos dari sebarang perlanggaran semasa sajak di baca. Sumber-sumber yang di ketahui melalui talipon bimbit pada malam itu, dia berada di Raub.

Monday, August 4, 2008

Spring

Masa balik dari bank kitorang selisih dengan kereta Jonos parking bawah pokok. Min beritahu break kereta Jonos tak makan. Azzam mencelah kata "semenjak dia tukar spring kereta ler tu"

Terkebil-kebil aku pikirkan spring yang mana satu "Dia tukar apa?" Azzam ulang "Spring kereta kaler gold tu, ko tak tau ker?" Min cilok "Bukan ker dia tukar sport rim kaler gold"

"Haaaa...spring tu ler..Eh! Errr..sputrim tu ler" ishk ishk