Thursday, October 15, 2009

Hanya lakaran dapur...


Malam yang hening, aku kusyuk melakarkan garis-garis kontor di atas kertas putih sambil di ulik halus berkumandang lagu dari The Commodores - Three Times A Lady dari corong speaker lapuk. Ihsan dari seorang sahabat yang berkongsi lagu, aku asyik. Lakaran hasil rekaan dapur untuk rumah baru semakin nampak jelas maksudnya.

Meja drawing ber kriok! bunyi, tanda semakin usang kesan dari geselan besi lama. Banyak bakti dan kenangannya buat diri ini. Sambil mencari-cari di ruang minda tambahan hasil rekaan dapur, kelihatan Uncle tukang cuci kereta tekun memandikan kereta milik pelanggan. Ah! aku pasti akan merindui suasana ini. Selama 7 tahun, perlakuannya menjadi teman buat diri aku ketika berada di studio kecil sambil membuat pelbagai telahan kerja di malam hari. Sesekali terdengar batuk kecil, mungkin paru-parunya sendat diselubungi kesejukan malam dengan dibasahi air simbahan. Tanggungjawab harus diteruskan walau apa keadaan sekali pun. Ini lumrah hidup mencari rezeki di bumi Allah.

Sambil menyelak timbunan majalah iD, Aku terpandang naskah lama dari majalah Perempuan. Ah! manis sungguh, kenangan majlis perkahwinan Aku 10 tahun yang lepas, di dokumentasikan ke dalam majalah dengan 3 muka surat. Selepas ini aku harus simpankannya sebaik mungkin dan tidak akan terlupa untuk di bawa sekali ke dalam rumah baru. 7 tahun tersimpan di dalam apartment kecil yang Aku sewa, hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum semua ini menjadi kenangan.

"Three time a lady, i love you..." terus-terusan berkumandang menemani Aku pada malam ini. Terasa decikan cicak yang menjadi jiran tetangga seperti mengerti perasaan Aku. 7 tahun di apartment No. 3-03, pelbagai ranjau dan rona hidup pernah berlaku. Satu nostalgia yang miliki seribu satu kenangan. Dengan kereta kancil kecil, barang pernah di bawa masuk ke dalam apartment ini. Dan kini mungkin 3 tan lori atau munkin terpaksa 2 pusingan penghantaran di gunakan untuk memindahkan isi rumah.

Tersenyum, bukan kerana melihat lakaran yang siap dan tidak berapa sempurna, tetapi perjalan hidup di apartment ini sungguh sempurna takdirnya. Yang Pasti Aku akan merindui setiap sudut penjuru kerana di situ ada isi hati yang terluah.

Melihat pada lakaran, iya!... dapur baru aku, rumah baru ku dan hidup baru ku. Semoga keberkatan berterusan dari Tuhan yang Maha Esa. Insyallah.

Wednesday, October 14, 2009

Pencarian ilham dalam berkarya


Meletakan satu objektif di hadapan akan membuka satu lagi ruang dimensi eksplorasi yang tidak terduga. Ibarat mencari makna perkataan di dalam sebuah kamus, turut menemukan pelbagai makna perkataan yang tiada berkaitan tujuan asal tetapi menjadi satu penemuan dan pemahaman kepada perkara yang sebelum ini di rasakan tidak begitu penting.

Tuesday, October 13, 2009

Kelabu Asap

Habuk berterbangan di dalam kesibukan lalu lintas dengan pelbagai kenderaan. Di dalam pekan kecil tetapi sibuk dengan warganya, pasangan remaja berdiri menanti penuh kesabaran untuk menyeberangi jalan yang agak deras aliran kenderaan.

Di sebelah pemuda, gadis bertundung kelabu membawa fail berwarna hijau, kelihatan cukup tenang di raut wajahnya. Dengan hanya berbaju T putih dan berseluar jeans biru menampaknya dia begitu ringkas orangnya. Pemuda di sebelahnya begitu tekun memastikan agar ada ruang untuk mereka menyeberangi jalan.

Selepas berlalu bas Selangor berwarna merah, mereka melintas dengan pantas dan cermat.

Monday, October 12, 2009

MALAYSIA EMERGING ARTISTS AWARD EXHIBITION

MALAYSIA EMERGING ARTISTS AWARD EXHIBITION

Organised by House of MATAHATI (HOM) & Galeri Chandan in Collaboration with Soka Gakkai Malaysia

MEA AWARD 2009
MALAYSIA EMERGING ARTISTS AWARD EXHIBITION
The Exhibition will continue from 4th -18 October 2009

At Soka Gakkai Malaysia (SGM)
Wisma Kebudayaan SGM
243 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur


Majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang dalam MEA. Acara pada petang hari yang ringkas tapi padat dengan input.


Acara seperti ini harus di teruskan dan di perbanyakan agar kegiatan seni antara pengkarya dapat terus tumbuh tanpa mati di tanah yang gersang.

Monday, October 5, 2009

Sebiji buah epal


Sebiji buah epal jika di biar begitu sahaja ia akan membusuk akhirnya lenyap. Buah epal yang di maksudkan itu seharusnya di pegang, gigit, kunyah, rasa, telan dan simpan menjadi memori.

Kedua-dua perkara tadi buah epal tetap hilang dari pandangan tetapi apabila peristiwa menjadi satu memori ia sudah menjadi sebahagian daripada kita dan tidak seperti di biar begitu saja.

Memori mengisi minda dan rasa, pengalaman dan ilmu yang hebat.

'Jangan persia-siakan, sebelum tiba mati'