Malam yang hening, aku kusyuk melakarkan garis-garis kontor di atas kertas putih sambil di ulik halus berkumandang lagu dari
The Commodores - Three Times A Lady dari corong
speaker lapuk. Ihsan dari seorang sahabat yang berkongsi lagu, aku asyik. Lakaran hasil rekaan dapur untuk rumah baru semakin nampak jelas maksudnya.
Meja
drawing ber kriok! bunyi, tanda semakin usang kesan dari geselan besi lama. Banyak bakti dan kenangannya buat diri ini. Sambil mencari-cari di ruang minda tambahan hasil rekaan dapur, kelihatan
Uncle tukang cuci kereta tekun memandikan kereta milik pelanggan. Ah! aku pasti akan merindui suasana ini. Selama 7 tahun, perlakuannya menjadi teman buat diri aku ketika berada di studio kecil sambil membuat pelbagai telahan kerja di malam hari. Sesekali terdengar batuk kecil, mungkin paru-parunya sendat diselubungi kesejukan malam dengan dibasahi air simbahan. Tanggungjawab harus diteruskan walau apa keadaan sekali pun. Ini lumrah hidup mencari rezeki di bumi Allah.
Sambil menyelak timbunan majalah iD, Aku terpandang naskah lama dari majalah Perempuan. Ah! manis sungguh, kenangan majlis perkahwinan Aku 10 tahun yang lepas, di dokumentasikan ke dalam majalah dengan 3 muka surat. Selepas ini aku harus simpankannya sebaik mungkin dan tidak akan terlupa untuk di bawa sekali ke dalam rumah baru. 7 tahun tersimpan di dalam apartment kecil yang Aku sewa, hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum semua ini menjadi kenangan.
"Three time a lady, i love you..." terus-terusan berkumandang menemani Aku pada malam ini. Terasa decikan cicak yang menjadi jiran tetangga seperti mengerti perasaan Aku. 7 tahun di
apartment No. 3-03, pelbagai ranjau dan rona hidup pernah berlaku. Satu nostalgia yang miliki seribu satu kenangan. Dengan kereta kancil kecil, barang pernah di bawa masuk ke dalam apartment ini. Dan kini mungkin 3 tan lori atau munkin terpaksa 2 pusingan penghantaran di gunakan untuk memindahkan isi rumah.
Tersenyum, bukan kerana melihat lakaran yang siap dan tidak berapa sempurna, tetapi perjalan hidup di apartment ini sungguh sempurna takdirnya. Yang Pasti Aku akan merindui setiap sudut penjuru kerana di situ ada isi hati yang terluah.
Melihat pada lakaran, iya!... dapur baru aku, rumah baru ku dan hidup baru ku. Semoga keberkatan berterusan dari Tuhan yang Maha Esa. Insyallah.
No comments:
Post a Comment