Thursday, July 24, 2008

Masa luang Saiful Bukhari

Dalam asakan para wartawan dengan photorapher buat aku hampir-hampir kelemasan dengan bau ketiak diorang yang berebut-rebut untuk menyerbu Saiful Bukhari melangkah keluar dari balai selepas membuat beberapa siri editing laporan.

Pelbagai soalan yang di ajukan..."Minta tolong jangan susahkan lagi kes ini dengan soalan-soalan yang saya tak berminat untuk menjawab...saya amat tertekan sekarang ini" jawab Saiful Bukhari

"Encik Saiful..errr saya ada soalan yang tiada kena-mengena dengan isu sekarang ini?" aku cuba mencari jarak yang sesuai

"Ye silakan tanya, mungkin yang ini saya sedia menjawab"

"Soalan saya, apa aktiviti masa terluang yang di gunakan oleh encik Saiful ketika bosan" tanya ku ringkas

"Owh...saya suka main SODOKu"

Member lama menghilang diri

Hari tu aku ada appointment dengan member lama...lepaking sambil mengeteh kat Restoran Bilal Sepi kat Pandan Indah. Kami rancak berbual sambil menguis-guis kisah lama.

"Dah 8 tahun kita tak jumpa kan" soal badul kat aku

"A aa...lama beb" aku jawab ringkas

"Aku ingat lagi, tiap kali aku ada masalah ko ada, kereta aku rosak ko ada, masa aku patah kaki eksiden ko ada dan jenguk aku selama aku kat wad, masa aku kecewa ditinggalkan awek pasal cerita2 sensasi pun ko ada...serba serbi masa aku masalah ko tetap ada kat sisi aku"

"ko tau beb pasal apa 8 tahun lepas aku hilang diri?"

"entah...pasal apa ek?" jawab aku sinis

"Pasal aku rasa selama aku dekat ngan ko ni..selalu bawak malang kat aku"

Cheh

Jam Bercakap?

Hari minggu lepas aku pusing2 KL dengan kawan aku. Kitorang dah plan lepas tu amik pot kat apartment member di Pandan Indah untuk overnite kat situ jer. Nak balik jauh tu beb rumah aku kat Manjalara Kepong.

Sampai jer kat umah dia dah lewat pagi, pastu dia tunjukan aku bilik. Aku agak tergoda bila tengok ada gong tembaga yang besar di dinding rumah aparment dia.

Aku tanya "Ujang tu benda alah tu buat apa?"

"Owh itu Jam Bercakap" jawab Ujang.

"Aaa??...jam bercakap? pelik bunyi dia

"Kalau ko nak tau try ketuk lah dengan hammer tu" dia menyuruh dan aku dengan bangga ketuk

"Dongggg..."

tiba-tiba di balik dinding aku terdengar...

"Woii..kepala hotak hang takde keje ker memekak memalam buto ni..tak reti bahaso ker dah pukul 3:30 pagi..benggong!!!"

Wednesday, July 23, 2008

Kat kampung aku ada kemudahan internet

Zaman sudah semakin kencang dan pesat membangun serta teknologi semakin ganas. AJK kampung sepakat untuk menyediakan kemudahan jaringan lebar atau pun internet. Untuk permulaan AJK yang akan merasa dulu untuk pakai.

Suatu pagi aku di tugaskan untuk menyapu sampah di sekitar dewan serbaguna. Semasa di perkarangan aku ternampak Pakcik Mail bergegas berlari keluar dari pejabat dewan menuju ke peti pos di pagar luar. Selepas tu dia masuk dengan tangan kosong.

Dua minit kemudian dia berlari lagi ke peti pos dan kali ini dia seperti hangin sikit dan menutup kuat pintu peti pos. Terus meluru masuk dengan muka yang kesal.

Aku masih meneruskan kerja-kerja pembersihan di luar sambil melihat gelagat Pakcik Mail tadi. Tiba-tiba kelihatan lagi sekali Pakcik Mail berlari dan melihat peti pos dan menutup dengan kuat sampai nak tercabut peti surat tu.

Aku cuba memberanikan diri untuk bertanya "Pakcik Mail, apa masalahnya tu?"

Pakcik Mail memandang aku seraya berkata..."Ni ha... komputer banggang ni terus-terus dia kato 'You've Got Mail'.

Cubaan gagalkan kareer politik Anuar dgn isu liwat

Di sana sini kita dengar bermacam-macam rencah propaganda politik yang semakin memeningkan. Dalam masa sekarang ni teringat aku dulu pernah pakcik Ayep aku ceritakan perihal rakan dia yang pergi berjumpa seorang Doktor di pekan Melaka.

Saiful mengadu kurang sihat dan setelah berjumpa Doktor, dia terpaksa dimasukan ubat melalui belakang punggongnya. untuk step pertama kali Doktor yang akan lakukan dan selepas itu dia boleh buat dengan cara dia sendiri dan mungkin dengan bantuan isteri dia.

Saiful meniarap di atas katil. Semasa Doktor memasukannya...tiba-tiba Saiful terjerit perlahan 'Ow' dan Doktor tu mengatakan ia mungkin sakit sedikit dan selepas ini dia boleh gunakan cara dia sendiri.

Pada keesokan harinya Saiful meminta bantuan isterinya dan kali ini Saiful menjerit kesakitan yang amat sangat.

Isterinya terkejut dan bertanyakan apa silapnya. Sedangkan dia cuba buat seberapa lembut yang boleh tetapi Saiful katakan semasa Doktor itu buat dia rasa kedua-dua tanggan Doktor itu berada di bahunya.

Taman Negara

aku berkumpul beramai-ramai dengan peserta untuk pergi ke Taman Negara. Dalam hiruk-pikuk peserta berbual terdengar laungan pembesar suara tangan oleh Marshall.

"Kepada peserta sila letakan tanda pengenalan diri anda di bag masing-masing"

Salah seorang peserta angkat tanggan lalu bertanya "Macamana saya nak tahu itu bag saya?"

"Itu pasal ler saya bagitau ni..ishksihk"

huuh

Papan amaran Lembu melintas

Bulan lepas aku balik Kampung, kebetulan ada mesyuarat AJK kat sana. Bapa aku suruh aku join sekali. Aku tanya "Nape nak buat mesyuarat?"

"Pasal banyak Lembu kena langgar kereta" jawab ayah aku.

"Habis tu ada penyelesaian ker?" tanya aku

"Ada, Pakcik Mail ko cadangkan supaya papan tanda amaran Lembu melintas di ubah di tempat lain"

"Pasal apa lak nak di ubah?" tanya aku

"Supaya Lembu-lembu tu tak menyeberang kat jalan tu lagi"

eh??

Seman datang KL

Pukul 3 tadi aku ke stesyen bas Pudu untuk jemput rakan aku dari Kampung. Lama betul aku tak jumpa si Seman ni semenjak 5 tahun aku tinggalkan kampung. Sebagai tetamu aku tolong angkat beg dia sambil pimpin ke arah Jalan Silang sebab kereta aku parking kat sana.

Terpaksa ler aku dengan rakan aku bertapak, tiba di lampu isyarat bunyi Buzz kedengaran. Aku terus memimpin rakan aku untuk menyeberang sambil Seman tanya aku "Beb...tu bunyi apa ek?"

"Itu bunyi tanda isyarat kepada orang buta yang lampu dah tukar warna merah" jawab aku sebagai warga kota yang udah semakin maju sambil menjeling kepada Seman yang bagaikan terkejut...

"Mak aii...tak sangka aku kat KL ni orang buta pun dah boleh bawak keter"

Adeii...

Kad kredit baru

Petang tadi aku singgah kat Giant Bukit Antarabangsa nak beli barang dapur. Belum cukup bulan barang dapur dah habis udah ler gaji tak masuk lagi ni...adui

Masa kat kaunter, aku seluk ambil wallet dengan megah aku keluarkan kad kredit Agro aku yang baru dapat tengahari tadi. Ini ler masanya, bila lagi nak merasa guna pakai.

Dengan bangga lagi takbur aku sign kat resit..."Encik boleh tunjukan sain lain yang boleh saya buat perbezaan dengan sain encik sekarang ni?" tanya casheir tadi kat aku.

"Nape?" aku pelik. "Sebab kad encik tak bersain"

"Owh..habis tu camana?" tanya aku

"encik boleh sain kat belakang kad tu untuk saya buat perbezaan dengan sain encik yang tadi"

Aik??? boleh camtu...

Tuesday, July 22, 2008

Sakit Hati

'Asal tak nak gerak ni...Eee geramnye kenapa jadi macam ni.'

'Ni yang aku malas ni kalau tak de apa-apa aku gerak jalan dulu ler.'

'Bila lagi ni...ishkishkishk'

'Tak paham aku...apa nak jadi'

'Udah dekat 1 jam lebih ni masih lagi tak gerak..'

'Jadi ler cepat aku tak sabar dah ni.'

'Jadi apa beb?' Ziko sapa aku

ni ha ko tengur ler sendiri asal ler dia tak nak gerak lagi dari tadi

ni ko tengok ler dia kat sini dari tadi kat situ jer...badigol betul ler dia ni.

Saturday, July 19, 2008




Satu Novel sastera baru yang begitu mengikat hati pembaca karya penulisan dari saudara Isa Kamari, yang tidak asing lagi kepada para pembaca novel yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Dengan keterampilan gaya penulisan yang lebih serius dan teguh akan perinsip hidup sebagai Melayu Islam yang bermaustatin di Singapura, telah menjadi satu tanggungjawab untuk meneruskan perjuagan seni penulisan sastera beliau dengan satu pesanan dan matlamat dalam keperihatinan beliau terhadap senario kemelut pegangan umat terhadap Islam dan pandangan Global tentang Islam yang semakin meruncing.

Permasalahan ini telah menjurus kepada terbitnya karya novel penulisan beliau yang bertajuk TAWASSUL. Beliau beranggapan masyarakat global umumnya telah mengutuk Islam sebagai agama yang menjana kepada keganasan melalui institusi jihad. Dengan terbitnya isu-isu propaganda barat dan kebangkitan para pejuang jihad seperti kumpulan Taleban,Al-Qaedah,Hamas,Barisan Kemerdekaan Nasional MORO, Jemaat Islami Kashmir dan lain lagi telah mengugat keyakinan dunia terhadap masyarakat Islam sebagai kelompok yang cintakan kedamaian.

Beliau juga merenung akan perdebatan arena pemikir yang melumpuhkan Islam dalam menangani badai kemodenan dan perkembangan teknologi. Politik Islam dikatakan juga telah gagal. Masyarakat Islam di merata dunia kebanyakan dibelengu kemiskinan ilmu, harta dan kekuasaan. Menurut beliau lagi, Negara barat memandang dengan jelas akan peradaban Islam pada masa kini dalam kancah kemunduran dalam bidang sosial, politik, ekonomi dan budaya.

Segala retentan pertanyaan yang sentiasa menikam benak maka terpanggil beliau bagi menawarkan sedikit pandangan serta merungkaikan permasalahan sejagat dalam bentuk suapan penulisan dalam karya novel beliau.

Berkisahkan Syan, seorang botanis menjejaki kembali perjalanan datuknya yang cenderung mencari “punca dan kebenaran empiris di sebalik alam manusia”. Kerana kecenderungan ini jugalah datuknya terputus dari tali kekeluargaan dan dianggap telah murtad.

Berpandukan buku hasil dari penyelidikan mengenai Orang Imorot yang tinggal di lembah Tuwau, Syan semakin banyak mendapat gambaran mengenai orang tempatan yang kuat berpegang kepada kepercayaan karut yang tidak berlandaskan agama serta sains dan memahami kenapa datuknya dituduh murtad oleh bapa mertuanya.

Watak demi watak dan peristiwa demi peristiwa yang diperkenalkan serta didedahkan akan membawa kita ke hujung persoalan.

Antara cebisan dari petikan sinopsis Tawassul untuk wadah kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan karya tulisan beliau. Selepas kejayaan beberapa tajuk novel seperti ‘Atas Nama Cinta’ dan ‘Memeluk Gerhana’, Beliau juga telah menerima beberapa anugerah yang berprestij dan diantaranya S.E.A Write Award 2006. Segala keperitan beliau dalam memperjuangkan karya-karya nasional tidak menjadi sia-sia dengan pengiktirafan yang menyokong lagi akan pembabitan terhadap dunia penulisan nusantara khususnya.




Penghasilan novel Tawassul, satu kolaborasi bagi merialisasikan kulit buku novel Tawassul melahirkan satu perasaan dalam bentuk komunikasi visual tapak yang di olah oleh pereka grafik dan juga seorang pelukis seni ia itu saudara Khyrul Alfie atau singkatan kepada Alfie. Beliau yang agak senonim dengan gaya catan yang bersifat ekpressi kotemporari naïf. Permainan warna serta bentuk visual yang terang memberi satu gambaran jelas tentang persekitaran ekosistem global yang semakin songsang dan berjaya mengwujudkan satu bentuk naratif dan seiring dengan sensitiviti penulis tentang karya novel Tawassul.

Karya-karya lukisan Alfie yang semakin condong akan permasalahan dunia dimana keadaan dunia semakin panas dengan isu-isu kemusnahan eko sistem, baik samada dari segi kehidupan sosial, politik dan ekonomi yang semakin pesat membangun menuju satu matlamat kemajuan sehingga meminggirkan kestabilan warisan kahzanah alam yang semakin pupus.

Kepada para peminat novel, Tawassul dijangkakan akan berada di dalam pasaran pada pertengahan bulan Mac tahun 2008. Perasmian novel Tawassul telah dirancang untuk diraikan pada bulan April seiring bersama dengan perlancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kepada para pembaca dan pengikut karya Isa Kamari khususnya, nantikan akan terbitnya satu novel yang bertajuk TAWASSUL.

Malaysian Naive Showcase 2008









Organize by GajahGajah Gallery & Annexe Gallery



NAIF menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermaksud terlalu lurus atau betul bendul. Ia menggambarkan tentang kejujuran yang dikaitkan dengan pemikiran serta perbuatan seseorang.Sayangnya, apabila naif dikaitkan dengan seni catan, ia kurang mendapat perhatian ramai kerana sifat karya seni itu yang diterjemahkan sebagai kebudak-budakan, tidak serius dan terlalu mudah gaya pengkaryaannya.

Bahkan, seni catan gaya naif juga dianggap sebagai tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, direkacipta oleh sesiapa sahaja, sedangkan hakikatnya seni itu turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik yang harus dipelajari oleh para pengkaryanya.

Menyedari hakikat itu, pelukis terkenal, Yusof Gajah telah menganjurkan pameran berkumpulan seni catan naif, Malaysian Naive Art Showcase 08 di Pasar Seni, Kuala Lumpur bermula 8 Mei sehingga 25 Mei ini bagi memperkembangkan lagi seni catan tersebut yang dikatakan tersisih daripada penggemarnya. Menurut Yusof yang dikenali sebagai Bapa Pelukis Naif Malaysia, seni catan naif cukup penting kerana pelbagai gaya, idea, pemikiran dan latar budaya setempat boleh diketengahkan menerusi sesuatu karya yang kononnya dikatakan naif itu. "Kita kena ada lukisan yang berwajah Malaysia.

Seni catan naif banyak menyumbang ke arah itu. Ini kerana, seni catan naif mempunyai arah pemikiran dan temanya yang tersendiri terutamanya tentang alam dan budaya persekitaran pengkaryanya. "Ciri-ciri kejujuran mudah terserlah kerana para pengkarya seni catan naif memaparkan apa yang mereka rasakan. Apatah lagi, kebanyakan pengkarya seni catan naif biasanya bukan daripada kalangan pelukis yang profesional. "Misalnya, mereka mungkin boleh jadi daripada kalangan kerani tetapi mempunyai minat yang mendalam dan tajam idea dalam bidang lukisan," katanya ketika ditemui pada pameran Malaysian Naive Art Showcase 08 yang telah dirasmikan oleh duta Norway di negara ini, Arild Braastad baru-baru ini.

Pameran berkumpulan pelukis seni catan naif itu merupakan kali ketiga dianjurkan di mana kali pertama telah diadakan pada 1998 dengan mempa- merkan karya empat pelukis iaitu Yusof Gajah, Zila Zain, Shima dan Azmi S.H. Sementara, pameran berkumpulan pelukis seni catan naif kedua dengan tema berjudul Appear Innocent pula telah diadakan pada 2001 dengan disertai oleh pelukis seperti Yusof Gajah, Mat Dollah dan Adeputra. Bagaimanapun, kali ini seramai 37 pelukis seni catan naif telah menyertai Malaysian Naive Art Showcase 08 dengan mempamerkan lebih 100 buah lukisan yang dijual dengan harga antara RM550 hingga RM150,000.

Gaya penceritaanKepelbagaian citra naif dapat dilihat daripada kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagaikan tidak berkesudahan dengan menampilkan pelbagai imej landskap seperti banjaran gunung, bukit-bukau, hutan-rimba, ladang pertanian, sungai, tasik dan laut. Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naif, misalnya suasana kehidupan di bandar dan luar bandar yang boleh mengimbas kenangan serta pengalaman para pengamat sesebuah karya tersebut.

Karya-karya catan naif juga mudah untuk diidentifikasikan kerana gambaran yang diutarakan biasanya mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah atau sering dilalui oleh anggota-anggota masyarakat. Persembahan visual gaya penceritaan seperti ini lazimnya mampu untuk mencetuskan kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap sesuatu karya gaya naif.

Turut dipaparkan menerusi pameran ini ialah unsur-unsur pribumi Melayu nusantara yang ketara menerusi identiti rumah tradisional serta bangunan dan kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Selain itu, turut ditonjolkan ialah mesej tentang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar termasuklah peri pentingnya pemuliharaan sungai sebagai antara nadi kehidupan seperti yang dicatan menerusi karya oleh Alfie sendiri.



Wartawan oleh
ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my