Saturday, July 19, 2008




Satu Novel sastera baru yang begitu mengikat hati pembaca karya penulisan dari saudara Isa Kamari, yang tidak asing lagi kepada para pembaca novel yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Dengan keterampilan gaya penulisan yang lebih serius dan teguh akan perinsip hidup sebagai Melayu Islam yang bermaustatin di Singapura, telah menjadi satu tanggungjawab untuk meneruskan perjuagan seni penulisan sastera beliau dengan satu pesanan dan matlamat dalam keperihatinan beliau terhadap senario kemelut pegangan umat terhadap Islam dan pandangan Global tentang Islam yang semakin meruncing.

Permasalahan ini telah menjurus kepada terbitnya karya novel penulisan beliau yang bertajuk TAWASSUL. Beliau beranggapan masyarakat global umumnya telah mengutuk Islam sebagai agama yang menjana kepada keganasan melalui institusi jihad. Dengan terbitnya isu-isu propaganda barat dan kebangkitan para pejuang jihad seperti kumpulan Taleban,Al-Qaedah,Hamas,Barisan Kemerdekaan Nasional MORO, Jemaat Islami Kashmir dan lain lagi telah mengugat keyakinan dunia terhadap masyarakat Islam sebagai kelompok yang cintakan kedamaian.

Beliau juga merenung akan perdebatan arena pemikir yang melumpuhkan Islam dalam menangani badai kemodenan dan perkembangan teknologi. Politik Islam dikatakan juga telah gagal. Masyarakat Islam di merata dunia kebanyakan dibelengu kemiskinan ilmu, harta dan kekuasaan. Menurut beliau lagi, Negara barat memandang dengan jelas akan peradaban Islam pada masa kini dalam kancah kemunduran dalam bidang sosial, politik, ekonomi dan budaya.

Segala retentan pertanyaan yang sentiasa menikam benak maka terpanggil beliau bagi menawarkan sedikit pandangan serta merungkaikan permasalahan sejagat dalam bentuk suapan penulisan dalam karya novel beliau.

Berkisahkan Syan, seorang botanis menjejaki kembali perjalanan datuknya yang cenderung mencari “punca dan kebenaran empiris di sebalik alam manusia”. Kerana kecenderungan ini jugalah datuknya terputus dari tali kekeluargaan dan dianggap telah murtad.

Berpandukan buku hasil dari penyelidikan mengenai Orang Imorot yang tinggal di lembah Tuwau, Syan semakin banyak mendapat gambaran mengenai orang tempatan yang kuat berpegang kepada kepercayaan karut yang tidak berlandaskan agama serta sains dan memahami kenapa datuknya dituduh murtad oleh bapa mertuanya.

Watak demi watak dan peristiwa demi peristiwa yang diperkenalkan serta didedahkan akan membawa kita ke hujung persoalan.

Antara cebisan dari petikan sinopsis Tawassul untuk wadah kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan karya tulisan beliau. Selepas kejayaan beberapa tajuk novel seperti ‘Atas Nama Cinta’ dan ‘Memeluk Gerhana’, Beliau juga telah menerima beberapa anugerah yang berprestij dan diantaranya S.E.A Write Award 2006. Segala keperitan beliau dalam memperjuangkan karya-karya nasional tidak menjadi sia-sia dengan pengiktirafan yang menyokong lagi akan pembabitan terhadap dunia penulisan nusantara khususnya.




Penghasilan novel Tawassul, satu kolaborasi bagi merialisasikan kulit buku novel Tawassul melahirkan satu perasaan dalam bentuk komunikasi visual tapak yang di olah oleh pereka grafik dan juga seorang pelukis seni ia itu saudara Khyrul Alfie atau singkatan kepada Alfie. Beliau yang agak senonim dengan gaya catan yang bersifat ekpressi kotemporari naïf. Permainan warna serta bentuk visual yang terang memberi satu gambaran jelas tentang persekitaran ekosistem global yang semakin songsang dan berjaya mengwujudkan satu bentuk naratif dan seiring dengan sensitiviti penulis tentang karya novel Tawassul.

Karya-karya lukisan Alfie yang semakin condong akan permasalahan dunia dimana keadaan dunia semakin panas dengan isu-isu kemusnahan eko sistem, baik samada dari segi kehidupan sosial, politik dan ekonomi yang semakin pesat membangun menuju satu matlamat kemajuan sehingga meminggirkan kestabilan warisan kahzanah alam yang semakin pupus.

Kepada para peminat novel, Tawassul dijangkakan akan berada di dalam pasaran pada pertengahan bulan Mac tahun 2008. Perasmian novel Tawassul telah dirancang untuk diraikan pada bulan April seiring bersama dengan perlancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kepada para pembaca dan pengikut karya Isa Kamari khususnya, nantikan akan terbitnya satu novel yang bertajuk TAWASSUL.

1 comment:

Randall Williams & Estefanía Lewis said...

saludos desde Esquel, Patagonia Argentina
Mauro Mateos