Wednesday, August 18, 2010

30 hari yang mendatang

Aku akan memulakan perniagaan setelah 10 tahun yang lalu aku pernah melakukannya. Kini kembali dengan hala tuju dan pengalaman yang mungkin menjadi bekalan mengharungi liku-liku hidup berniaga.

10 tahun yang lepas aku pernah gagal, semoga kali ini aku kembali dengan lebih yakin serta matlamat yang di semai sebelum ini menjadi pokok yang kuat denga akar mengcengkam bumi.

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK

17 Ogos 2010

Khyrul Alfie Bin Juraimi
Unit 1.13, Sinaran Ukay Residence,
Jalan Bukit Utama 1,
Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang,
Selangor.

Haji Che Mazlan Saad
Pengarah Urusan
Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd
2-1, Jalan 9/23A, Medan Makmur
Off Jalan Usahawan,
Setapak 53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.


PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK

Saya Khyrul Alfie Bin Juraimi memegang jawatan sebagai pereka grafik di Syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd, menyatakan hasrat untuk meletak jawatan di syarikat Tuan.

Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan tempoh notis sebulan sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian surat tawaran kerja kepada saya.

Saya berterima kasih kepada pihak tuan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Dan sepanjang kerjaya saya di syarikat tuan, saya berasa amat bertuah mengenal dunia penerbitan buku dengan lebih luas.

Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana-mana pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu-alukan pihak tuan untuk memberitahu saya. Dan saya berharap jika hubungan saya terhadap syarikat tidak terputus begitu sahaja dengan perletakan jawatan saya di syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………
Khyrul Alfie Bin Juraimi

Friday, January 29, 2010

Sinaran Ukay Resident dan objektif nya JMB

Objektif dalam persatuan penduduk Sinaran Ukar Resident

  • Memupuk semangat gotong royong dan sikap tolong menolong diantara penduduk dalam soal kebajikan dan keharmonian penduduk taman.
  • Meningkatkan nilai institusi kekeluargaan berasaskan :
  • Aktiviti kebudayaan dan sosial
  • Aktiviti sukan dan rekreasi
  • Kebersihan dan persekitaran
  • Perkembangan anak-anak
  • Memupuk dan menanam semangat muhibbah dan persefahaman diantara penduduk yang berbilang kaum melalui aktiviti sukan, kebudayaan dan sosial.
  • Melindungi kepentingan penduduk mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman.
  • Mengujudkan masyarakat taman yang bersefahaman, hormat menghormati, harmoni dan aman damai dikalangan penduduk kawasan kediaman.
  • Membangkitkan isu-isu semasa kepentingan penduduk taman kepada pihak Pemaju.
  • Mengujudkan kerjasama dan persefahaman diantara pihak Pemaju, Agensi Kerajaan Tempatan dan Pihak Pihak Berkuasa Negeri dengan Persatuan berhubung dengan kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kediaman.

Thursday, January 28, 2010

The Power of Positive Attitude

Positive attitude helps to cope more easily with the daily affairs of life. It brings optimism into your life, and makes it easier to avoid worry and negative thinking. If you adopt it as a way of life, it will bring constructive changes into your life, and makes them happier, brighter and more successful. With a positive attitude you see the bright side of life, become optimistic and expect the best to happen. It is certainly a state of mind that is well worth developing and strengthening.
Positive attitude manifests in the following ways:

Positive thinking.

Constructive thinking.

Creative thinking.

Expecting success.

Optimism.

Motivation to accomplish your goals.

Being inspired.

Choosing happiness.

Not giving up.

Looking at failure and problems as blessings in disguise.

Believing in yourself and in your abilities.

Displaying self-esteem and confidence.

Looking for solutions.

Seeing opportunities.

A positive attitude leads to happiness and success and can change your whole life. If you look at the bright side of life, your whole life becomes filled with light. This light affects not only you and the way you look at the world, but also your whole environment and the people around you. If it is strong enough, it becomes contagious.

The benefits of a positive attitude:

Helps achieving goals and attaining success.

Success achieved faster and more easily.

More happiness.

More energy.

Greater inner power and strength.

The ability to inspire and motivate yourself and others.

Fewer difficulties encountered along the way.

The ability to surmount any difficulty.

Life smiles at you.

People respect you.

Negative attitude says: you cannot achieve success.
Positive attitude says: You can achieve success.

If you have been exhibiting a negative attitude and expecting failure and difficulties, it is now the time to change the way you think. It is time to get rid of negative thoughts and behavior and lead a happy and successful life. Why not start today? If you have tried and failed, it only means that you have not tried enough.

Developing a positive attitude that will lead you to happiness and success:

- Choose to be happy.

- Look at the bright side of life.

- Choose to be and stay optimistic.

- Find reasons to smile more often.

- Have faith in yourself and in the Power of the Universe.

- Contemplate upon the futility of negative thinking and worries.

- Associate yourself with happy people.

- Read inspiring stories.

- Read inspiring quotes.

- Repeat affirmations that inspire and motivate you.

- Visualize only what you want to happen.

- Learn to master your thoughts.

- Learn concentration and meditation.


Following even only one of the above suggestions, will bring more light into your life!

Pemikiran Subsidi

Ungkapan "Orang memberi, kita merasa" perlu ada perubahan mentaliti subsidi kepada "Kita memberi, orang merasa" dan sesungguhnya tangan memberi itu lebih mulia dari yang menerima. Kemajuan akan di kecapi bila satu dasar di perbaiki.



sinaran ukay resident

Wednesday, January 13, 2010

belon mama


Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Kardiman sedang mandi bersama ibunya,Kemudian dia bertanya mamanya,

"Ma, apa tuh yang ada di dada
mama?"

Bingung menjawab, si ibu menjawab,

"Tanya papa besok waktu sarapan..." (dengan harapan si kardiman lupa).

Keesokan harinya ketika sedang sarapan bersama bapaknya pak mukidi,
kardiman ternyata tak lupa dan bertanya " Pa! tau tak benda apa yang ada di dada mama?"
Papanya walaupun bingung cepat menjawab "Ooh...itu belon, sayang, nanti kalo mama meninggal, kita boleh meniupnya supaya mama boleh terbang ke syurga." Kardiman mengangguk-angguk mengerti.

Beberapa minggu kemudian, pak Mukidi pulang lebih awal dari kantor, dan di depan rumah melihat anaknya Kardiman lari ke arahnya sambil menangis.
"Papa..Papa! Mama mau meninggal.."
Setelah menenangkan anaknya, pak Mukidi bertanya "Mengapa? Sampai kata
mama mau meninggal?"

Anaknya menjawab " tadi Pak cik Mukijan sedang meniup belon mama, dan mama
berteriak ' oohh!!! ayuh teruskan, aku hampir sampai..! ' "

sengat lebah di kemaluan

Doa mustajab untuk lelaki yg kena sengat lebah di kemaluan: "Ya tuhan, hilangkan sakitnya, tetapi kekalkan bengkaknya." - Pakcik Kamisan Dukun Sunda Raub Pahang

Allycat

zaman muda isterinya punyai tatoo 2 wajah artis di kedua peha, ada Ramli sarip dengan M Nasir tapi kata suaminya lebih minat yg di tengah kerana mirip David Arumugam Allycat.

Tuesday, January 12, 2010

Cari alamat

Masa aku selisih dengan abang posman kat bawah officen dia tergaru-garu cari alamat. Dalam keluh katanya pening cari alamat tuan punya surat. Aku beritahu dia kenapa tak pos kan jer surat tu kan senang. Dia jeling kat aku.

Sunday, January 10, 2010

Ibu talipon Ku

Aku terima call dari ibu ku dan kelihatan "Ibuku" di paparan screen handphone. Lantas aku jawab "Hello Brad Pit bercakap" dan Klik! Tot tot tot tot... Ibu ku masih belum terima kenyataan siapa anaknya yang sebenar.

Thursday, October 15, 2009

Hanya lakaran dapur...


Malam yang hening, aku kusyuk melakarkan garis-garis kontor di atas kertas putih sambil di ulik halus berkumandang lagu dari The Commodores - Three Times A Lady dari corong speaker lapuk. Ihsan dari seorang sahabat yang berkongsi lagu, aku asyik. Lakaran hasil rekaan dapur untuk rumah baru semakin nampak jelas maksudnya.

Meja drawing ber kriok! bunyi, tanda semakin usang kesan dari geselan besi lama. Banyak bakti dan kenangannya buat diri ini. Sambil mencari-cari di ruang minda tambahan hasil rekaan dapur, kelihatan Uncle tukang cuci kereta tekun memandikan kereta milik pelanggan. Ah! aku pasti akan merindui suasana ini. Selama 7 tahun, perlakuannya menjadi teman buat diri aku ketika berada di studio kecil sambil membuat pelbagai telahan kerja di malam hari. Sesekali terdengar batuk kecil, mungkin paru-parunya sendat diselubungi kesejukan malam dengan dibasahi air simbahan. Tanggungjawab harus diteruskan walau apa keadaan sekali pun. Ini lumrah hidup mencari rezeki di bumi Allah.

Sambil menyelak timbunan majalah iD, Aku terpandang naskah lama dari majalah Perempuan. Ah! manis sungguh, kenangan majlis perkahwinan Aku 10 tahun yang lepas, di dokumentasikan ke dalam majalah dengan 3 muka surat. Selepas ini aku harus simpankannya sebaik mungkin dan tidak akan terlupa untuk di bawa sekali ke dalam rumah baru. 7 tahun tersimpan di dalam apartment kecil yang Aku sewa, hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum semua ini menjadi kenangan.

"Three time a lady, i love you..." terus-terusan berkumandang menemani Aku pada malam ini. Terasa decikan cicak yang menjadi jiran tetangga seperti mengerti perasaan Aku. 7 tahun di apartment No. 3-03, pelbagai ranjau dan rona hidup pernah berlaku. Satu nostalgia yang miliki seribu satu kenangan. Dengan kereta kancil kecil, barang pernah di bawa masuk ke dalam apartment ini. Dan kini mungkin 3 tan lori atau munkin terpaksa 2 pusingan penghantaran di gunakan untuk memindahkan isi rumah.

Tersenyum, bukan kerana melihat lakaran yang siap dan tidak berapa sempurna, tetapi perjalan hidup di apartment ini sungguh sempurna takdirnya. Yang Pasti Aku akan merindui setiap sudut penjuru kerana di situ ada isi hati yang terluah.

Melihat pada lakaran, iya!... dapur baru aku, rumah baru ku dan hidup baru ku. Semoga keberkatan berterusan dari Tuhan yang Maha Esa. Insyallah.

Wednesday, October 14, 2009

Pencarian ilham dalam berkarya


Meletakan satu objektif di hadapan akan membuka satu lagi ruang dimensi eksplorasi yang tidak terduga. Ibarat mencari makna perkataan di dalam sebuah kamus, turut menemukan pelbagai makna perkataan yang tiada berkaitan tujuan asal tetapi menjadi satu penemuan dan pemahaman kepada perkara yang sebelum ini di rasakan tidak begitu penting.