Saturday, August 23, 2008

Monolog Senyum Sokmo

Khmis (07/08/08) 9:30 pagi aku bertolak menuju ke Kuala Terengganu dalam keadaan yang amat teruja setelah sekian lama tidak keluar bercuti panjang. Kerja yang selama ini buat aku stress aku tinggalkan selama 5 hari. Yeehaaa!. Mungkin Kak editor akan rasa kesepian setelah ketiadaan aku pergi untuk bergumbira di Pantai Batu Burok (sebenarnya aku pergi atas dasar jemputan kahwin yang di taja).

Selama usia aku, ini lah pertama kali aku bercuti ke Trengganu. Sebelum ini aku hanya bersiar-siar di kawasan sebelah barat sahaja. Entah ler, macamana agak rupanya Negeri Trengganu ni. Bandar di pesisiran pantai ibarat seperti di Miami atau pun Florida (eh! Miami tu memang dekat Florida ler). Huh! macam-macam yang aku dengar dan lihat dalam website. Rasanya tak sama kalau tidak sendiri berada di sana. Yang pasti 5 jam lagi aku akan menikmati suasana baru. Nantikan kedatangan aku sekalian penyu! Heh.

Sepanjang menyusuri jalan lebuh genting, udara segar terasa nyaman tak terkata. Aku seperti Jakun yang mengangakan mulut di luar tingkap kereta sambil membiarkan angin deras masuk ke dalam rongga. "woi tutup ler tingkap tu...air apa masuk kena muka aku ni" sergah rakan duduk di belakang. Gulp! sorok-sorok aku mengesat bibir dan pipi mengunakan tisu.

Warna kehijau pekat hutan dari banjaran titiwangsa menyimpan seribu satu kisah hidupan flora dan fauna amat mempersonakan. Di sisir tepi jalan gadis-gadis genit duduk bersantai begitu asyik melihat setiap kereta yang lalu. Kereta di perlahankan "Ah! gadis berhidung kembang dan bersawa matang" rakan aku membunyikan hon kereta kedengaran suara mereka "Abang mari sekejap singgah beli lemang kitak" kereta kami terus memecut meninggalkan pondok-pondok kecil yang disediakan oleh pihak lebuhraya.

Kilometer 75 suku akhir, kami menyeberangi jambatan yang aku kirakan menarik. Pintu gerbang tersergam indah dan kiri kanan kelihatan sungai (entah apa nama) cukup lebar. Rakan aku bilang tempat ni namanya Temerloh. Di seberang jambatan terdapat kawasan rehat R&R, yang pasti kereta harus di isi petrol. Ini lah berkat menumpang kereta, serba-serbi 'tong-tong' jimat sikit. Maklum ler budget Petrol dengan tol saja dah boleh buat kita pitam.

Perjalanan masih jauh mungkin banyak lagi perkara baru yang aku belum lihat lagi. Sepanjang pemanduan kami berceloteh melebihi tahap seorang DJ di corong radio. Musik berkumandang samar-samar tidak jelas kerana tenggelam dengan suasana gelak-tawa. Dalam keasyikan berbual kami terdiam bagaikan ada sesuatu. Keadaan menjadi hening, dahi masing-masing kelihatan berkerut dan nafas terasa berhenti serta kedengaran jantung berdetik perlahan dup! dap! dup! dap! dup!. Deruman enjin kereta dan bunyi pendingin serta musik seperti tiada rangsangan. Kelihatan jari-jemari mula bergerak-gerak seiringan dengan pergelangan tangan seperti mencari arah sesuatu "Breezzzzzz" bunyi 4 daun tingkap diturunkan. "Siapa kentut niiiii...Bwuekk" keriuhan kembali seperti sedia-kala dengan hilai-tawa serta maki-hamun.

Angka minit bergerak tanpa halangan, begitu juga digit-digit kilometer di dashboard berpusing dan jarum meter sentiasa berada di atas paras 120 kilometer sejam. Rakan aku memandu seperti mahu lekas tiba ke destinasi. Kadang-kadang terasa deras memecut memintas setiap lori trailer dan kereta. Aku tak perasan pun jika ada kenderaan lain yang cuba memintas. Aku pesan berhati-hati ketika memandu dan rakan aku jawab dia tak fikir pun kereta yang dipandunya terlalu laju sedangkan pandangan hati dia seperti memandu dalam kadar kelajuan yang biasa. Masalah. Aku mensarankan agar dia mengambil Al Jabbar. Dia bertanya apakah kejadanya Al jabbar dan untuk apa?. Aku bilang untuk hati sentiasa beringat, kena telan pil. Rakan aku pelik, aku beritahu kepada dia supaya terus memandu. Bila tiba masanya nanti aku akan tunjukan sesuatu berkenaan dengan Al Jabbar. "Ha...tu dia."

Bersambung...


No comments: