Wednesday, August 6, 2008

MASKARA X-File - Sebab munasabab tak munasabah Azzamsupardi tiada di sana.

(Pinjam gambar Jap!)


Masa di beritahu. Aku dan Jonos di paksa menyampaikan sajak Azzamsupardi, aku sedang berkhayal sambil mengorek telinga dan Jonos sibuk kira timbang paper lama kat office untuk jual kepada tokey surat khabar lama. Apabila terdengar berita itu terus kami berdua terpaksa buat aksi terperanjat, batang pengorek telinga aku patah. Timbang yang di gunakan Jonos tersembul keluar jarum beserta spring. Apek tokey yang baru nak tekan butang Bell di pintu luar office tiba-tiba sakit perut rasa sembelit terus pulang. Ini semua gara-gara pengumuman yang agak kalut.

Pada awal kami kurang percaya dengan suara layang Azzamsupardi. Tetapi bila buka blog Sindikit Sol-Jah nyata sah terpampang nama kami berdua. Tidak banyak masa latihan diperuntukan malah lebih singkat dari seluar aku yang senteng. Aku dan Jonos turutkan kerenah diktaktor Azzamsupardi.

Peringkat pertama, Jonos menyediakan segala bentuk tenaga dalaman dengan minuman paket segera Tongkat Ali pelbagai jenama. Aku pula membuat telahan dan kajian beberapa siri bunyi dari yang berferikunsi tinggi hingga kepada rendah.

Peringkat kedua, kami diberi 3 lampiran kertas yang di print Azzamsupardi setiap seorang. Kami baca dalam nada yang pelbagai-bagai benci, dendam, suka tapi duka yang tidak berpanjangan. Tenaga yang berlebihan dari Jonos dapatlah dia mengangkat 3 helai kertas sajak dan Aku berjaya mengenalpasti serta menyebut beberapa bunyi yang kurasakan pelik tapi benar.

Pengalaman aku ketika membaca, bahagian yang mencabar kewibawaan pada perenggan...'Nyuyam Nyuyam...Nyamyum Nyamyum' berlaku incident di mana aku jatuh terhantuk kat bucu kerusi pasal tergolek-golek menahan gelak. Beberapa kali aku membuat percubaan untuk seraut muka yang serius tetapi setiap kali aku menyebut, bayangan Azzamsupardi yang kehilangan gigi depan tika dia mengunyah Daging Rendang Tok sentiasa menghantui fikiran aku.

Oleh itu, strategi telah di buat secara tidak terancang. Azzamsupardi akan menghilangkan diri semasa persembahan agar dapat menyelamatkan aku dan jonos dari sebarang perlanggaran semasa sajak di baca. Sumber-sumber yang di ketahui melalui talipon bimbit pada malam itu, dia berada di Raub.

7 comments:

Op said...

ha ha ha
ramai gadis-gadis yang berbisik 'cutenyaaaaaaa' masa kalian berdua ber'nyum' 'nyam', 'dup' 'dap' tu.

Alfie said...

kalo Azzam yang buat Nyu Nyam lagi cute...wakakakaka

Azzam Supardi said...

Sajak tu tak berapa mencabar sangat. Akan datang kalau dijemput ke Maskara lagi, aku nak seksa ko dengan persembahan gila khinzir punya mencabar! Nak? Kalau tak nak, aku guna kuasa vito aku ha ha ha!

Alfie said...

Tak takut punnnnn..Bwuekkk :p

Rhona Zlan said...

nasib baik tak gelak masa maskara. itu pun nampak warm up dulu sebelum ber 'Nyuyam Nyuyam...Nyamyum Nyamyum'.

dotdlegend said...

HAHAHHAHAHA....
sajak yang akan saya kenang sampai anak cicit..

Alfie said...

rhona Zlan
warm up tu sebenarnya nak hilangkan gabra..hi hi

dotdlegend
nanti jgn lupa tunjuk kat anak cicit..ha ha