Thursday, October 2, 2008

Malaysian Naive Arts Showcase 2008



Organize by GajahGajah Gallery

Pameran in telah berlansung di Gallery Annexe Central Market Kuala Lumpur, selama 14 hari dari 8 May hingga 25 May 2008. Dirasmikan oleh Duta Norway Encik Arild Braastad melibatkan sejumlah besar pelukis aliran naif tempatan. Pameran ini juga merupakan julungkali dalam sejarah berjaya menghimpunkan koleksi lukisan naif terbesar di dalam Malaysia.

Berkat kerjasama antara angota pelukis naif sendiri untuk bertungkus-lumus di bawah naugan Yusof Gajah berjaya menghasilkan sebuah pameran yang cukup berprestij dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak tempatan dan tak juga kepada dunia luar.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery berjaya memartabatkan genre naif yang dipelopori oleh Yusof Gajah selaku pelukis terawal yang membawa imej lukisan naif di Malaysia. Lukisan naif tempatan juga telah diiktirafkan peminat seni antarabangsa yang membawa imej bentuk warna gaya Malaysia yang tersendiri dan punyai kelainan dari hasil lukisan yang ada. Dengan ini Malaysia telah punyai identiti terulung dalam dunia catan tanah air kepada peringkat antarabangsa walaupun di tanah air ianya tetap di pandang sepi oleh sesetengah pihak.

Semangat setia kawan antara kumpulan pelukis naif dibawah bumbung GajahGajah Gallery sentiasa utuh dan bersatu padu dalam mengembeling idea serta keringat dalam berkarya telah tergambar di atas kanvas dengan mempengaruhi unsur kecerian dan kemeriahan yang penuh tulus dan ikhlas.

Kumpulan pelukis naif GajahGajah Gallery sentiasa punya wawasan dan objektif selain dari berkarya. Penglibatan dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan membuatkan seni itu sentiasa hidup harmoni di dalam persekitaran yang baik, dapat diterapkan nilai-nilai perpaduan dan kemesraan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan yang menjadi asas kepada kekuatan sebuah negara dari pelbagai aspek. Akhir sekali seni itu tetap milik mutlak setiap individu.

2 comments:

elaira said...

alahai.... sipi lah alfie... sipi sipi... hehehe... tapi takpe, at least ada gak terselit dalam video tu walaupun sipi :D

Alfie said...

itu pun kire ok jumpa juga footage akak..ihk ihk