Wednesday, August 18, 2010

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK

17 Ogos 2010

Khyrul Alfie Bin Juraimi
Unit 1.13, Sinaran Ukay Residence,
Jalan Bukit Utama 1,
Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang,
Selangor.

Haji Che Mazlan Saad
Pengarah Urusan
Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd
2-1, Jalan 9/23A, Medan Makmur
Off Jalan Usahawan,
Setapak 53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.


PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEREKA GRAFIK

Saya Khyrul Alfie Bin Juraimi memegang jawatan sebagai pereka grafik di Syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn bhd, menyatakan hasrat untuk meletak jawatan di syarikat Tuan.

Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan tempoh notis sebulan sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian surat tawaran kerja kepada saya.

Saya berterima kasih kepada pihak tuan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Dan sepanjang kerjaya saya di syarikat tuan, saya berasa amat bertuah mengenal dunia penerbitan buku dengan lebih luas.

Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana-mana pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu-alukan pihak tuan untuk memberitahu saya. Dan saya berharap jika hubungan saya terhadap syarikat tidak terputus begitu sahaja dengan perletakan jawatan saya di syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………
Khyrul Alfie Bin Juraimi

No comments: