Thursday, July 31, 2008

Hang Tuah naik eye on KL

Dulu aku pernah hadir dalam satu majlis rumah terbuka oleh salah seorang rakan cyber. Majlis yang ringkas tapi meriah dengan warga cyber. Ini lah masanya untuk bersuai kenal dan beramah mesra. Gelak tawa sentiasa memecah keheningan sekitar kawasan Pangsapuri Permaisuri.

Yang penting masa itu tiada yang berduka lara atau yang keluar meninggalkan majlis dengan keadaan perut kosong. Semua cukup dan aku berterima kasih dengan tuan rumah kerana berjaya menyediakan sebuah majlis yang cukup lengkap dan istimewa.

Sedang aku leka berbual, aku di kejutkan dengan tajuk cerita yang amat menarik sekali. Berkenaan dengan sejarah Kepahlawanan Melayu Lama iaitu Laksamana Hang Tuah dan saudara. Rakan ku yang mungkin asal dari utara mengatakan Hang Tuah dari 5 bersaudara sememangnya punyai 7 saudara kesemuanya.

Aku terpingga-pingga memikirkannya. Huuuh... menarik dan pelik. Siapa yang lagi 2 bersaudara? Setahu aku yang terkandung dalam sejarah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Dan aku mula berasa hampir putus asa "Eh... sapa lagi yang 2 saudara tu. Pening dah pikir ni"

Jawab rakan ku " Hang Pikir Hang Gila"

Cheh.

No comments: