Thursday, July 24, 2008

Politik kepada budak 10 tahun

Chiki bertanyakan kepada bapa apa maksud sebenar Politik. Bapanya terkebil-kebil memikirkan macamana harus dia jelaskan kepada anaknya yang berusia 10 tahun.

"Beginilah Chiki...papa terangkan sikit" bapa mula mencari-cari idea bagaimana untuk mulakan bicara

"Chiki bayangkan...Papa sebagai seorang yang berkuasa dan di gelarkan Kapitalis, Mumy pulak yang selalu bagi duit belanja sekolah Chiki kita panggil dia Kerajaan. Miki adik kamu yang masih kecil tu kita ibaratkan dia masa depan dan pembantu rumah kita Kak Sally, kita panggil dia sebagai kelas pekerja dan Chiki sendiri sebagai orang ramai atau masyarakat. Jadi Chiki kena pikirkan bagaimana ianya berfungsi."

Selepas itu Chiki beredar untuk masuk ke bilik untuk di fikirkan apa yang cuba di terangkan oleh bapanya sehingga tertidur.

Tengah malam Chiki terjaga dari tidur kerana Miki menangis untuk ditukarkan lampin. Dia berjalan ker bilik mumy tapi terdengar dengkuran kuat yang menandakan mumynya sedang tidur lena. Kerana tidak mahu mengganggu dia terus ke bilik Kak sally, tetapi berkunci dan di intai dari lubang kunci ternampak Papanya berada di dalam. Chiki terus ke bilik membiarkan Miki menangis dan tidur.

Keesokan pagi semasa di meja sarapan Chiki beritahu Papanya yang dia sudah faham apa maksud Politik. Papa Chiki berasa bangga dan bertanyakan "Jadi apa yang Chiki tahu tentang Politik cuba cerita kat Papa"

Chiki cuba menjawab "Bila kapitalis menindas kelas pekerja, kerajaan masa tu pulak tidur dan masyarakat mula buat tak tau hingga masa depan jadi makin teruk."

2 comments:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/politik_kepada_budak_10_tahun

promosikan artikel anda di www.infogue.com danjadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Alfiearth Studio said...

terima kasih atas kesudian anda dari wakil bilik berita menelah blues wancana dari versis bahasa melayu sivaji the boss. Semoga bilik berita sentiasa hangat periuk tanah dengan rencah rempah yang semerbak sedap baunya untuk di jamah oleh penguin umumnya.