Wednesday, July 23, 2008

Kat kampung aku ada kemudahan internet

Zaman sudah semakin kencang dan pesat membangun serta teknologi semakin ganas. AJK kampung sepakat untuk menyediakan kemudahan jaringan lebar atau pun internet. Untuk permulaan AJK yang akan merasa dulu untuk pakai.

Suatu pagi aku di tugaskan untuk menyapu sampah di sekitar dewan serbaguna. Semasa di perkarangan aku ternampak Pakcik Mail bergegas berlari keluar dari pejabat dewan menuju ke peti pos di pagar luar. Selepas tu dia masuk dengan tangan kosong.

Dua minit kemudian dia berlari lagi ke peti pos dan kali ini dia seperti hangin sikit dan menutup kuat pintu peti pos. Terus meluru masuk dengan muka yang kesal.

Aku masih meneruskan kerja-kerja pembersihan di luar sambil melihat gelagat Pakcik Mail tadi. Tiba-tiba kelihatan lagi sekali Pakcik Mail berlari dan melihat peti pos dan menutup dengan kuat sampai nak tercabut peti surat tu.

Aku cuba memberanikan diri untuk bertanya "Pakcik Mail, apa masalahnya tu?"

Pakcik Mail memandang aku seraya berkata..."Ni ha... komputer banggang ni terus-terus dia kato 'You've Got Mail'.

No comments: