Thursday, July 31, 2008

Beruk Kelab Darul Ehsan

Tengah layan bosan member aku Mat ajak lawat beruk dekat Kelab Darul Ehsan. Dekat sana memang banyak beruk. Pakat tong-tong beli buah, Aku dengan Mat naik kapcai.

Tiba di sana Mat asingkan buah yang dia nak dengan yang dia nak bagi dekat beruk-beruk sebagai umpan makan. Aku layan tengok kerenah beruk...memang kaki lahap betul diorang ni. Habis pisang kitorang di ragut termasuk lah stok pisang member aku untuk bawak balik. Aku dengan Mat terhenggeh-henggeh nak rampas balik, tapi beruk Mak yea ni lagi terror. Memang licik. Mat frust, baru ingat malam ni nak buat cekodok pisang sambil tengok bola.

Kebetulan ada Apek jual buah dengan pisang lalu dengan motor roda 3, ada percubaan untuk hijack oleh gerombolan beruk-beruk tadi. Mat dengan Aku pantas membantu selamatkan buah Apek tadi, Selamat. Apek tu punya happy, berulang kali cakap Tengkyew. Sebagai balas jasa kitorang berdua Apek tadi offer kitorang buah...kalau nak dia boleh bagi free, Cantek.

belum sempat aku buka mulut Mat pintas "Apek You tolong sama saya cari itu beruk yang ambil buah saya"

huh!

Siapa tahu apa itu Sodium Chloride?

Masa aku sekolah menegah, subjek yang paling aku minat ialah sains. Bukan sains rumah tangga tapi sains. Walaupun masa tu aku dalam aliran Perdagangan. Cikgu Puan Wan, itu ler nama guru aku masa mengajar sains dulu.

"Selamat Pagi Pon Pon"

"Alfie dan Zubaid... kamu datang depan dan sebut balik nama saya betul-betul"

Itu le denda yang biasa aku kena dengan rakan karib aku yang akrab hingga sekarang ini.

Pelajaran hari itu adalah berkenaan dengan kimia yang bunyinya Sodium Chloride. Agak menarik kerana aku sendiri tak pernah tahu apa itu Sodium Chloride. Sebelum Puan Wan meneruskan sesi pembelajaran lebih lanjut, selalunya dia suka memberi satu soalan.

Memandangkan Zubaid rakan aku paling cerdik berbicara semasa guru sedang mengajar, jadi dia la yang menjadi kegemaran Puan Wan untuk bertanya.

"Zubaid, cuba kamu terangkan kepada saya apa itu Sodium Chloride?"

"Err..Cikgu boleh bagi Clue sikit tak" dengan sinis dia menjawab balik

"OK, benda tu macam serbuk dan berwarna putih dan bapa kamu pagi-pagi selalu letak dekat telur dia"

Dengan bangga Zubaid menjawab

" Bedak Talkom Cikgu"

Satu lemparan pemadam hitam singgah kat kepala dia..Aduh!



**Errrr... Korang tau ker apa itu Sodium Chloride. Benda alah tu sebenarnya nama sainstifik kepada Garam.

Adab ketika solat

Tadi masa keluar toilet, aku terpikir satu perkara berkenaan dengan adab ketika solat. Masa Tingkatan 3 Kasawari aku sentiasa mengikuti kelas agama kelolaan Ustaz Zakaria. Baik orangnya, lemah lembut, kulit yang putih dan punyai rambut yang berkerinting halus. Songkok hitam sentiasa tersarung kemas.

Kami semua diajar tentang adab ketika menunaikan solat. Ada beberapa perkara harus di ikuti dengan tertib dan teratur agar solat kita lebih khusyuk dan sempurna.

"Ustaz, saya selalu tengok ada sorang pakcik yang semasa solatnya bagaikan orang sedang menari. Tergoyang-goyang badan dan tangan dia sentiasa bergerak serta mulutnya ketika membaca ayat quran seperti memakan daging yang liat" cerita ku.

"Eh... tak boleh macam tu. Siapa orang itu Alfie?" tanya ustaz kepada ku dengan serius.

Aku menunding jari ke arah rakan ku di sebelah "Bapak Zubaid cikgu"

"Siot ko Fie, hawau... Baghiroooo... Tampou kang"

Hang Tuah Terpegun tengok Twin Tower

Masa chat dengan seorang kawan, dia cerita dekat aku dia suka baca buku komik kisah Pahlawan. Nampak memang menarik kena pulak dengan illustrasi yang nampak hidup.

Tapi fikiran aku menyelewang masa dulu ada sorang kawan yang beritahu aku tentang kisah Hang Jebat derhaka kepada Sultan. Semasa Hang Jebat naik takhta dia memang memerah segala kuasa diktator yang ada. Habis gundik-gundik sultan di kerjakan. Sehinggalah Hang Jebat jatuh merebah ke bumi tumpas di tanggan Tuah.

Selepas kematiannya, timbul lak cerita yang mana Hang Jebat masih meninggalkan waris zuriat sewaktu hidupnya, dan ada diantara gundik yang membuah hasil dari nafsu yang dilepaskan.

Perkara ini memang di rahsiakan dari pengetahuan umum. Ini adalah kerana untuk mengelakan dari di ketahui Sultan. Jika tidak, Bayi itu turut di bunuh. Mengikut sejarah yang tidak di sahihkan dalam penulisan dari tokoh terkenal masa dahulu Munshyi Abdullah. Bayi itu telah pun diberi nama dengan gelaran awalannya seperti arwah bapanya.

"Sapa nama anak dia Man?" tanya aku.

"Hang Kurangajar"

Cheh.

Hang Tuah naik eye on KL

Dulu aku pernah hadir dalam satu majlis rumah terbuka oleh salah seorang rakan cyber. Majlis yang ringkas tapi meriah dengan warga cyber. Ini lah masanya untuk bersuai kenal dan beramah mesra. Gelak tawa sentiasa memecah keheningan sekitar kawasan Pangsapuri Permaisuri.

Yang penting masa itu tiada yang berduka lara atau yang keluar meninggalkan majlis dengan keadaan perut kosong. Semua cukup dan aku berterima kasih dengan tuan rumah kerana berjaya menyediakan sebuah majlis yang cukup lengkap dan istimewa.

Sedang aku leka berbual, aku di kejutkan dengan tajuk cerita yang amat menarik sekali. Berkenaan dengan sejarah Kepahlawanan Melayu Lama iaitu Laksamana Hang Tuah dan saudara. Rakan ku yang mungkin asal dari utara mengatakan Hang Tuah dari 5 bersaudara sememangnya punyai 7 saudara kesemuanya.

Aku terpingga-pingga memikirkannya. Huuuh... menarik dan pelik. Siapa yang lagi 2 bersaudara? Setahu aku yang terkandung dalam sejarah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Dan aku mula berasa hampir putus asa "Eh... sapa lagi yang 2 saudara tu. Pening dah pikir ni"

Jawab rakan ku " Hang Pikir Hang Gila"

Cheh.

Multi tasking

Setiap hari aku diantara staff yang paling awal datang ke pejabat. Maklum ler, pekerja cemerlang. Cheh



Belum sempat aku melabuh punggung ku di kerusi empuk, member aku dah menyapa ’ Fie...jom minum kat bawah.’ Aku tanpa sebarang jawapan terus ikut ke restoran mamak.

Tajuk perbualan di meja bersidang, apa lagi selain dari mengumpat boss dan perihal politik. Kalau dah duduk minum dengan penulis dan pengkarya, begitu ler coraknya dalam perbualan kitorang.

Masa selesai minum dan hendak bayar di kaunter, talipon aku berbunyi..’Hello...hai sayang, dah sarapan..bla..bla..bla’ segera aku menghulur duit sambil bercakap di talipon, ’takper...takper...aku bayar’ beritahu member aku kepada aku.

Aku beri isyarat tanda terima kasih dan ’ Ye sayang..nanti i belikan u bla..bla..bla..’ aku bergerak ke meja tadi...’Sayang, nanti i belikan ler...i promise K’ ...sambil aku tercari-cari barang di meja sebelum aku gerak ke pejabat.

’Oii fie...ko cari apa?’ tanya member aku

’Sayangg, jap..jap..hold on’

’Aku cari hand phone aku...ko nampak tak Zam?’ jawap aku selamber.

Laaa??? aku negok member aku terngaga mulut diorang dan aku pun pelik???

Pehalnyeee....Pehal ek diorang cam tu??

ishk!! ishk!!

Baru aku sedar..aku bukan ler seorang multi task.

Kod rahsia

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" di belakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan ", kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, lantas muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Tahun 2

Hari baru yang cukup bersemangat. Budak-budak mula masuk alam sekolah. Semua serba-serbi baru, baju baru, seluar baru, tai baru, bag baru dan semuanya lah. Boleh kata sambutan persiapan macam nak sambut hari raya juga lah.

Yang best bila negok anak-anak aku yang bersemangat habis, Sampai tak menyempat-nyempat nak tunggu esok hari. Jadi kelam kabut aku di buatnya pagi tu. Aku pastikan semuanya segak dan kemas dan aku juga mesti kelihatan rapi dan berkeyakinan macam Tom Cruise.

Alhamdullilah selesai urusan anak-anak aku, terus aku ke pejabat. Sesampai jer kat sana ramai betul yang memandang aku. Aku rasa kesegakan dan ketampanan aku persis Brad Pitt dan penuh bersemangat memberi satu aura yang jitu. Aku melemparkan senyuman kepada mereka-mereka yang senyum kat aku dan tak juga yang menjeling kepada ku. Aichewah.

Sibuk sangat mengurus anak aku lupa pulak nak sarapan pagi. Masa kat dalam pantry member aku tegur aku ' ko nape?' mungkin sebab aku lapar sangat dan agak gelojoh makan dan member aku menegur.

Jawab aku senyum 'Aku lupa nak sarapan tadi, lapar sangat'

'Bukan...tu ha...ko pehal pakai tali leher Sek. Ren. Keb Taman Keramat..pastu siap tulis tahun dua lagi.'

Allah...mak!

Perompak yang di rompak

Pagi ni aku disuruh ke bank. Banyak pulak cek yang aku kena 'bank in'. Kalau aku tunaikan, mesti boleh beli kapal terbang satu pastu aku nak 'renovate' rumah aku tambah lagi bilik untuk aku sewakan. Heh

Sampai kat bank, tak banyak sangat orang... kalau tak jenuh aku nak menunggu. Rasa macam nak belanja minum jer semua staff Maybank ni. Tak yah ler...bukan diorang sayang aku pun lepas tu.

Masa kat kaunter, aku berangan kalaulah aku keluarkan wang tunai beribu-ribu. Mesti best ni... mesti ada bakal-bakal perompak dan penyamun yang memerhatikan aku. Rasa macam aku nak pekena diorang jer.

Kat bank tadi aku senyap-senyap petik daun-daun kat dalam pasu. Slip cek tadi aku simpan dalam kocek. Aku mula mengira kalau-kalau aku di serang penyagak sengal sure diorang ingat envelope kat aku tu ada duit. Pastu aku kira macamana ler muka diorang bila buka jer envelope tengok-tengok bukan duit.Hahaha baru padan muka diorang. Nak hijack konon.

Sampai office aku rasa nikmat giler, mana taknye panas yang terhangit. Kena lak sejuk air cond huiii...tak reti ler nak citer kat korang. Lepas aku bagi envelope kat boss aku sambung kerja balik. Boleh aku sambung cereka yang aku tangguh pagi tadi.

Belum sempat aku masuk perenggan yang ke dua...The Boss panggil aku. Suara macam Gozilla...gamat. 'Yo yo Boss wussup man' kata aku dalam hati.

Tengok muka The Boss... memang sah iras-iras Pakcik Gozilla dan dia mengaum...'Ni apa kamu bagi saya daun-daun ni. Kamu ingat saya kambing. Mana dia slip cek' herdik gozilla kat aku.

Alamak... macamana ler aku boleh lupa ni. Cheh

Satria putih aku

Lepas Sembahyang Jumaat aku kena pergi ke bank di Setiawangsa. Member aku Min ikut sekali. Dalam kereta aku layan Danghdut. Tapi aku tengok member aku lagi layan Danghdut dari aku.

"Wahh.. suka juga ko layan lagu ni" aku negok member aku tergoyang-goyang bahu dia ngikut rentak lagu.

"Bila masa aku layan lagu ni... ko sorang jer" jawab dia spontan.

"Eleh... kalo dah bahu ko goyang-goyang lagi nak cover line"

lepas tu baru aku perasan, tayar kereta aku bengkak. Dah macam naik kuda lak. Petang tu melayang duit aku 120 ringgit.

Pagi tadi,

Aku dengan Min pergi cari kedai nak sarapan. Aku mengeluh kereta aku ada bunyi macam "wisel".. Fiuussssshhhhhwww.

"La... pehal kereta aku ni ada bunyi wisel ni?" aku merungut kecil.

"Ok la tu... sok bunyi trompet lak" jawab Min sinis.

"Nak aku turunkan Ko kat sini..."

Berkelah

Malam semalam masa aku melepak di rumah, anak lelaki aku bertanya pasal perancangan untuk cuti sekolah akhir tahun ni. Biasa lah bebudak, mesti nak ajak pergi berkelah. Aku rasa elok aku bawa diorang ni pergi berkelah di Ulu Yam. Lama dah aku tak ke situ.

Dulu masa di sekolah menengah, asal cuti sekolah aku dan rakan sering ke situ. Kalau dah jumpa air tu memang tak ingat dunia. Dari pagi sampai lah ke petang. Selagi tak kecut hujung jari selagi tu tak reti nak balik.

Pokoknya segala aktiviti berendam, terjun tiruk, bergayut dan bermacam-macam lagi semuanya sudah kita orang lakukan. Termasuklah sekodeng pasangan yang bercumbuan di balik pokok dan semak.

Semasa kelas Bahasa Melayu, tajuk perkelahan menjadi kesukaan aku semasa membuat karangan dan penulisan aku sering di salin oleh sahabat karib aku yang selalu malas untuk melakukan kerja sekolah yang diberi.

"Zubaid... kenapa karangan kamu sama macam Alfie" Tanya Cikgu Za'ayah guru Bahasa Melayu.

"Sebab... kitorang dalam perkelahan yang sama Cikgu, itu sebab karangan saya sama macam Alfie" Jawab Zubaid dengan penuh yakin.

"Kan... Fie... kan"

Hapeh betul kawan aku sorang ni.

Huuugh!

Burger

Semalam… sebelum sampai rumah, aku dan isteri singgah dulu di kedai. Hrmm… buka pula gerai burger yang sebelum ni asyik tutup jer. Maklum lah… kawasan tempat aku sentiasa ada operasi pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sebelum aku turun dari kereta, isteri aku dah berpesan.

"Honey, you orderkan I Burger Daging Special dengan Biskut Hup Seng."

"OK" jawab aku spontan sambil keluar dari kereta.

"Burger daging special, biskut hup seng.." Aku berulang-ulang mengigatkan dalam kepala sambil berlalu. Huhh..awek cun lalu depan aku..eh! eh! dosa beb.

"Dik... burger daging special 2" dan aku berlalu terus masuk ke dalam kedai dan sambil tu…

"Burgh huspssheng spil… Hrmm" aku berbisik sambil mencari-cari kepada rak barang di dalam kedai. Datang budak India kepada aku "abang cari apa?" Tanya dia."Burger Hup Seng special" jawab aku ringkas yang dari tadi tak nampak-nampak benda yang aku cari. Aku dengan budak i tu pun sama-sama mencari hinggalah datang tokey kedai yang berbangsa mamak, Kamal Hassan nama dia.

"Abang cari apa?" Tanya dia sambil memberi isyarat kepada pekerjanya berbangsa India "Ambley surey porowek blab bla bla…" Huh… Aku pun tak paham. Tiba-tiba…"Chitt… Deyy Thamby… Pooorah" cakapnya kepada pekerja India tadi.

"Abang… Burger Hup Seng Special mana ada, Biskut Hup Seng ada la" sambil dia mencapai sebungkus biskut Hup Seng yang betul-betul di depan mata kami bertiga.Aduh!…mamai la. Budak India tu pun sama, dua kali lima.

Hari Rabu

Hari ini, pejabat aku sudah semakin legang dan aku masih menatap monitor komputer tanpa berkelip. Kebanyakan rakan sepejabat aku sudah pulang. Aku merasakan sesuatu yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Aku sunyi dan fikiran aku kosong.

Aku melihat sekeliling dengan sekilas yang sayu. Aku hiba tanpa sebab dan karam dalam sepi. Setelah selesai solat asar sebentar tadi, aku menatap jam tanda waktu sudah menjangkau 6:30 petang. "Huuuh... apa yang tak kena ni" keluh aku. Tiba-tiba rakan sepejabat aku memanggil aku... "Woi Fie... ko tak nak ker?" pekik Zul dari tandas pejabat aku.

Aku pelik " Tak nak apa?" tanya aku. "Ko tak nak ker seluar dalam ko kat atas tangki jamban ni?" Alamak! aku lupa pakai balik la... ishk ishk ishk!!

Restoran Garuda Nasi Padang

Tengahari tadi singgah Restoran Garuda Nasi Padang dengan bini aku dan member aku Ju. Ramai orang kelaparan kat dalam berebut di buffet line. Sebagai lelaki gentlemen aku suruh diorang ambil nasi dan lauk sambil Aku cop tempat dulu.

Hingar-bingar dalam Restoran, member aku sampai dulu dengan pinggan penuh dengan lauk dan bini aku masih lagi terkuis-kuis dekat tingkat buffet. Dia tanya aku tak ambil nasi. "Nantilah" sambil aku tengok keliling.

"Ju...aku tengok dalam Restoran ni ko orang nombor dua paling lawa." Tersipu-sipu dan kembang-kempis hidung dia menahan dari tersedak sambil mengkerengkot bibir dia mengkuis cili hijau tersangkut di celahan. "Aku tau...bini kau sure nombor satu kan?"

"Taklah...nombor satu semua perempuan dalam ni"

"Budus lah ko"

Meneran Semerah Pundi

Berderu angin menampar pipi dengan deras, bergoncang gegar seluruh angota badan di medan padang pasir terbentang luas. Pecutan membawa diri gagah laksana perkasa...

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayuuuuuu...

Tanpa pelana mengalas punggung tanpa tali pandu tanduk penganti meneraju perwira maju gerak ke arah tempur deras mara bakal melanggar gerombolan...

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Panji hijau di arak gagah membelah angin yang tak punyai arah. Musuh melihat perwira deras memacu kuda berlari pantas dari jauh kelihatan kerdil tapi semangat panji tetatp erat Ku gengam atas nama agama tercinta

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Dan terus berarak mengegam erat panji-panji tegap, tak berpaling terus mara deras bersama kuda yang tak kenal lelah terus mara dengan satu laungan semangat waja “Yearggghhhhhhhhhhh....panji berkibar...yearhhhhhhwwoooo..woi...woiii....woooiiiii..woi.woi..woi”

“Woiii...hoiiii..turun..tuuurrrruunnnnn...kambing tu nak buat sembelih Aqiqah kejap lagi...orang suruh tambat ko pegi tunggang macam kuda buat apa..buang tebiat apa” Nenek aku kacau daun betul lah.

Huuh!

Tuesday, July 29, 2008

Kerajaan pantas dan cekap

Petang selasa sebelum balik dari pejabat aku rehat-rehat otak sambil baca surat khabar dengan milo O. "Cepat, Cekap dan amanah" itu ler salah satu tajuk kecik yang aku baca...huuh kerajaan biasa ler, slogan lebih dari kerja.

Dalam abad ni sememangnya semua nak cepat, aku ingat lagi dulu masa kecil aku bertiga dengan member lepak bawa pokok saga. Omar, Shidi dan aku. Masing-masing dari keluarga yang berlainan kerjaya.

Kami berseloroh menceritakan ayah siapa yang lagi hebat. Omar kata bapa dia hebat sebab dia boleh memanah dan selepas itu dia akan kejar sambil tangkap balik panah tu balik dengan pantas. Wah! aku melopong.

Shidi pula cakap bapa dia suka berburu. Kalau dia menembak burung, dia boleh berlari pantas dan sambut burung yang di tembak tadi jatuh terus ketangan dia. Wah! Omar hampir meleleh dengar. Pastu diorang padang aku.

Omar dan Shidi tunggu aku ceritakan kehebatan ayah aku pula. Aku bilang diorang mungkin tak faham apa maksud sebenar pantas dan cepat dalam alam nyata. aku bilang ayah aku cuma kerja kerajaan sahaja dan dia akan keluar rumah jam 8 sampai di pejabat jam 8:20 serta ayah aku sepatutnya keluar pejabat jam 4:30 tapi dia dah ada kat rumah jam 3:30 petang.

Pejabat Pos kaler merah

Hari ni panas terik. Kulit aku ni rasa digigit-gigit. Bulu roma tangan macam layu kepanasan jer. The boss suruh aku pergi ke pejabat pos untuk belikan stem RM20. Aku yang menurut perintah tanpa alasan. Maklum ler...tadi dengar ceramah Ustaz Jamal dalam CD. Rasa terangsang pulak nur islam di hati ini.

Seharusnya kita mesti bersopan dalam pelbagai hal dan amanah serta di jauhkan maksiat...ghitu ler ceritanya dalam CD. Aku terus melangkah deretan kedai dengan kepala menunduk kebawah. Kononnya bagi mengelak pandangan terhadap amoi-amoi yang gebu-gebu lagi rupawan disepanjang perjalanan.

Aku mula terasa dan ternampak sipi bahagian dinding dan tiang warna merah. Aku belok dan kelihatan banyak kaki mundar mandir di dalam pejabat pos. Aku masih menunduk sopan dan terus meluru ke kaunter.

"Bagi saya stem RM20" perintah aku di kaunter dan masih lagi tersipu-sipu dengan amoi di depan. Aku curi-curi pandang dan terus tunduk kembali.

"Apa nombor?" tanya amoi di kaunter. Aku hairan, bila masa lak beli stem kena bagi nombor.

"Saya tak tau nombor apa...saya cuma nak beli stem saja" aku betah

"Allow kawan sini stem takdee..sini you mari kasi nombor saya bagi tiket sama you..mau stem you pegi itu lot sebelah lah"

Aku dongak sambil tersipu-sipu. Macamana lak aku boleh masuk kedai Spot Toto lak ni...ishkishkishk.

Honda hitam bertinted hitam

Masa lunch kat Kruan Thai Bukit Antarabangsa, member aku Dolly sampai dengan kereta Honda City hitam bertinted hitam persis anak menteri pinjam kereta bapa, heh. Kami bertiga duduk makan dan bincang.

"Fie ko gi wayang naik kereta aku ler" Dolly cadang agak menarik

"Ok, ko gi kat belakang giant. Aku nak parking kat bawah sana pastu ko tunggu aku kat luar K" aku putuskan dan beredar dulu untuk bawak kereta aku parking di sana.

Cuaca terlalu cerah dan terik, Aku parking dan berjalan keluar dari tempat parking dalam bangunan. Cerah giler...aku silau dan samar-samar kereta Honda hitam bertinted hitam menunggu di luar. Aku berlari anak dan terus masuk ke dalam kereta. Huh...panas seh.

Hrmm?? sejak bila diorang kat depan ni belajar cakap Tamil dan aku toleh keluar tingkap kereta, nampak Dolly dan bini aku melambai-lambai dari seberang jalan dengan kereta Honda hitam bertinted hitam juga.

Aduh! malu-malu...

Kunci Kereta

Ah! lagi 3 minit pukul 6, masa untuk pulang. Aku kemas-kemas barang atas meja berselerak. Maklum ler pekerja rajin macam aku ni sentiasa produktif dah semestinya banyak buku dan fail bersepah.

Dalam masa kurang 2 minit aku selesaikannya. Hebat persis Superhero. Gerak kerja pantas seperti kilat macam Super Flash. Hrmmm?? mana pergi kunci kereta aku ni. Aku terbelek-belek atas meja, bawah meja, dalam laci, dalam kocek dan dalam tandas. Heh

Mana lak perginya kunci kereta aku ni. Aduhai ni mesti tertinggal dalam kereta...ah..habislah, kalau pencuri tau sure senang jer kerja dia curi kereta aku. Aku bergegas turun dari office terus meluru ke parking. Alamak!

Aku dah cakap dah...kereta aku takde dekat parking. Aku rungsing,resah, gabra dan hampir kelam. Terduduk aku kat tepi devider jalan mencangkung sambil tangan aku serkup kepala tanda frust giler. Robik hati ku tak terkata tak kala aku hampir menitis air mata bagaikan terasa ada tangan menyentuh di balakang bahu...

"Boss...kereta sudah lama siap cuci Boss..saiya lam ma juga tunggu Boss tarak turun...kereta sana ada..sudah kasi cantik lagi bersih"

Heh

Sunday, July 27, 2008

Disconnected

Masa seronok aku surf internet dengan bini aku, tetiba lak connection problem. Aku terus dail talipon guna talipon broadband Maxis.

"Hello..boleh saya bantu" jawab operator

"ye..saya ada masalah connection error dengan broadband saya" jawab ringkas padat dan tepat

"Ok..encik boleh ikut langkah bagaimana harus dilakukan dengan panduan diberi oleh saya"

"Ok..saya dah ready"

"Skrang ini..encik kena cuba cabut kabel broadband dan selepas itu...'Klik'..."

"Hello...hello...hello..." panggil aku pelik

"Kenapa honey?" tanya bini aku

"Entah...tiba-tiba jer putus" sambil aku cucuk balik kabel tadi ke modem broadband

Talipon balik

Aku talipon operator khidmat pelanggan Maxis lagi sekali.

"Hello...sorry tadi saya call tetiba putus" pantas

"Ye encik boleh kami bantu" operator lain yang jawab

"A aa..tadi saya call pasal talipon broadband saya problem"

"Apa masalahnya encik?"

"Masa saya talipon ada gangguan, tibi-tiba jer putus"

"Putus?...macamana boleh jadi macan tu?"

"Saya cabut wire...'Klik'..." Putus

Ishk..sombongnya

Kelepet

Azam bagi tau yang Nor bagitau kat dia Kak admin panggil aku.Heh...aku gerak ke bilik admin. Cak!..."Nape?"

"Ha..sini...sini" panggil kat Kak admin.

"Ari tu duit RM50 beli barang resit cuma RM30 jer...mana resit untuk RM20?" tanya Kak admin

"Errr...memang saya tak dapat resit" aku menjawab

"Mana boleh takde...mesti ada resit..mesti ada alasan bernas" mechine gun

"Kak pikir ler... saya keluar masuk tandas orang tu tak bagi resit pun" slumber

"Eh!...berapa puluh kali masuk tandas...kat mana?"

"KLCC...RM2 sekali masuk"

"Huh... lain kali sembelit cari tandas murah"

Saturday, July 26, 2008

UK ke Gombak 17 minit jer

Sedang aku leka melukis...terdengar suara lembab

"Honey tolong pgi tpun Go'mak" dari bini aku dari luar studio aku. Huh! ni yang boring ni baru nak gear up layan stone.

"Aaaa..." sahut aku malas "Ishk!" keluh. Capai kunci kereta sambil jalan ke pintu keluar aku tanya "Nak buat apa?"

"Pisang goreng" jawab macam sms ringkas dari bini aku.

"???...owh, owh..." buat paham "Jauh tu kena beli pisang kat sana" ngeluh aku dalam hati.

Udah 17 minit aku memandu, talipon tangan aku bunyi "Honey..You kat mana? lamanya you g beli barang"

"I kat Gombak nak gi cari pisang You lah..Errr....You yang cakap tadi...iye i dengar tadi You cakap macam tu"

"Bila masa I cakap? I cakap minta tolong You gi beli Tepung Gomak, bukannya gi Gombak beli pisang..tu lah lain kali orang cakap dengar betul-betul..bla..bla..bla.." macam machine gun "Tra..tat..tat..tat..Tra"

Adeh!


Friday, July 25, 2008

Teka-teki tepi padang bola

Masa lepaking kat tepi padang bola Manjalara aku tanya soalan teka-teki kat member aku.

"Zubaid ko nampak tak 6 ekor burung kat lopak air sana?"

"Ha..nampak"

"Kalau aku tembak sekor berapa yang tinggal kat situ?"

"Sekor ler" jawab zubaid pendek

"Ko paham tak soalan aku ni, 6 ekor aku tembak sekor...berapa tinggal?" ulang aku lagi

"Sekor lah" lagi sekali

"apa pasal sekor lak...cuba ko cerita sikit" ishk tension aku

"Iye lah..dah ko tembak sekor...yang lagi 5 terbang lari yang tinggal sekor lah"

"Hrm..aku suka ngan cara ko fikir...lain dari yg aku fikir" Aku menggalah

"Ok..aku lak tanya ko" Zubaid balas balik

"Ada satu ais krim kon dikongsi dengan 3 orang perempuan makan bersama, seorang jilat di atas, sorang lagi gigit dan sorang lagi hisap."

"Sekarang ni antara 3 tu yang mana dah kahwin?" aku terkebil-kebil pikir

"Errr...yang hisap kon lah" jawab aku confident

"
Salah...yang ada cincin kat jari dia lah tanda dah kahwin..tapikan aku suka cara ko fikir lagi advance ek...dasar otak kuning"

Cheh

Masa install software

Tengah sibuk aku install software kat dalam PC, Azam datang kat meja aku panggil minta tolong bungkuskan brochure ke dalam plastik. Potong stim...

"Zam ni nak buat camana?" tanya aku

"Ko tengok yang lain atau ko tengok aku buat contoh" sambil Azam cuba buat demo .

Aku bagi pandangan sikit...

"Zam...apa kata ko terus jer buat ulang-ulang tunjuk contoh kat aku sampai habis"

"Ko nak tak aku masukan ko dalam plastik ni buat contoh?"

Thursday, July 24, 2008

Politik kepada budak 10 tahun

Chiki bertanyakan kepada bapa apa maksud sebenar Politik. Bapanya terkebil-kebil memikirkan macamana harus dia jelaskan kepada anaknya yang berusia 10 tahun.

"Beginilah Chiki...papa terangkan sikit" bapa mula mencari-cari idea bagaimana untuk mulakan bicara

"Chiki bayangkan...Papa sebagai seorang yang berkuasa dan di gelarkan Kapitalis, Mumy pulak yang selalu bagi duit belanja sekolah Chiki kita panggil dia Kerajaan. Miki adik kamu yang masih kecil tu kita ibaratkan dia masa depan dan pembantu rumah kita Kak Sally, kita panggil dia sebagai kelas pekerja dan Chiki sendiri sebagai orang ramai atau masyarakat. Jadi Chiki kena pikirkan bagaimana ianya berfungsi."

Selepas itu Chiki beredar untuk masuk ke bilik untuk di fikirkan apa yang cuba di terangkan oleh bapanya sehingga tertidur.

Tengah malam Chiki terjaga dari tidur kerana Miki menangis untuk ditukarkan lampin. Dia berjalan ker bilik mumy tapi terdengar dengkuran kuat yang menandakan mumynya sedang tidur lena. Kerana tidak mahu mengganggu dia terus ke bilik Kak sally, tetapi berkunci dan di intai dari lubang kunci ternampak Papanya berada di dalam. Chiki terus ke bilik membiarkan Miki menangis dan tidur.

Keesokan pagi semasa di meja sarapan Chiki beritahu Papanya yang dia sudah faham apa maksud Politik. Papa Chiki berasa bangga dan bertanyakan "Jadi apa yang Chiki tahu tentang Politik cuba cerita kat Papa"

Chiki cuba menjawab "Bila kapitalis menindas kelas pekerja, kerajaan masa tu pulak tidur dan masyarakat mula buat tak tau hingga masa depan jadi makin teruk."

Piala Malaysia

Malam tadi seronok beb! nonton piala Malaysia dengan ayah aku. Perlawanan yang cukup sengit, dua team bermain dengan cukup semangat. Dalam masa tu aku teringat 27 tahun dahulu semasa aku masih jahil tentang bola sepak, nonton macam ni ler ngan ayah aku.

Masa tu perlawanan bola sepak piala Malaysia kat TV Tobishi ayah. dalam masa nonton tu kadang-kadang aku sibuk dengan benda lain...maklum ler askar mainan aku banyak nak kena susun. Dalam masa tu cuma mendengar jer suara pengacara sukan buat liputan...cuma ada satu perkara jer yang buat aku tiba-tiba berminat dan menumpu perhatian aku penuh jiwa dan raga kat depan TV selepas aku terdengar...

"Ye..sg.pkura..bersedia membuat sepakan sudut" aku perhatikan betul-betul sambil mata aku liar mencari sesuatu di atas padang di dalam TV.

"Itulah penjaga gol sg..pkura berjaya menghalang..." lagi aku fokus "Sg..pkura mendapat satu lagi sepakan percuma" dan kali ni kepala aku betul-betul depan kaca TV.

"Hey!! apa duduk depan TV tu...tak nampak ler" jerit ayah dan aku tak berganjak.

"Tengok apa dekat-dekat tu?" ayah makin tak puas hati

"Jap ler Yah...Fi tengah cari mana kura-kura kat atas padang ni...takde pun"

"Heh!..mana ada kura-kura...dia cakap Singapura lah"

Rupa aku macam Brad Pitt

Sedang aku membelek diri aku di dalam cermin...sah memang aku terserlah kacak lagi bergaya. Renungan mata aku dengan kening yang lebat pasti memikat hati. Rambut pacak aku yang keperangan ni memang menyerlah lagi handsome aku. Dagu yang turus dan hidung yang mancung pasti mengugat iman sesiapa yang berdepan ngan aku. Bibir aku yang boleh dikatakan seksi ni pasti mengegarkan jiwa insan.

Ah! persis seorang pelakon ternama Brad Pitt, walau aku sekarang ini hanya bergaya dengan berseluar katak dan bersinglet aku tetap tampak mantap di wajah. Masakan tidak anak aku Ika yang lagi tadi duduk bersila melihat aku ternganga mulut dia melopong. Mungkin dia pun terpesona agaknya. Tiba-tiba...

"Iiikaaaa...!!! siapa main potong poster majalah Galaxie mama ni" jerit bini aku dari luar bilik.

"Baba yang potong mama...baba cakap nak buat topeng muka untuk Ika..pastu...pastu...pastu baba yang pakai...dia tak bagi ika pun...dia diri aje depan cermin..diaaaaa..."

"Syyhh! Syhhh!...nah ika pulak pakai topeng ni ek..Syyyhhh!!!"

Poliklinik

4 hari lepas aku pergi ke Poliklinik nak jumpa Doktor pasal jari aku terkapit pintu tandas. Setelah Doktor buat pemeriksaan aku tanya dia...

"Doc, lepas ni saya boleh main gitar tak?"

"Kalau awak rehatkan aktiviti tangan awak boleh lah dalam masa seminggu ni" jawab Doktor

"Ye ker Doc? betul ker ni?"

"Ye lah...kenapa?" tanya Doktor

"Pasal sebelum ni saya tak pernah tau main gitar"

"Miss!!! sila bawa patient ni keluar dari bilik cepat!!!"

Masa luang Saiful Bukhari

Dalam asakan para wartawan dengan photorapher buat aku hampir-hampir kelemasan dengan bau ketiak diorang yang berebut-rebut untuk menyerbu Saiful Bukhari melangkah keluar dari balai selepas membuat beberapa siri editing laporan.

Pelbagai soalan yang di ajukan..."Minta tolong jangan susahkan lagi kes ini dengan soalan-soalan yang saya tak berminat untuk menjawab...saya amat tertekan sekarang ini" jawab Saiful Bukhari

"Encik Saiful..errr saya ada soalan yang tiada kena-mengena dengan isu sekarang ini?" aku cuba mencari jarak yang sesuai

"Ye silakan tanya, mungkin yang ini saya sedia menjawab"

"Soalan saya, apa aktiviti masa terluang yang di gunakan oleh encik Saiful ketika bosan" tanya ku ringkas

"Owh...saya suka main SODOKu"

Member lama menghilang diri

Hari tu aku ada appointment dengan member lama...lepaking sambil mengeteh kat Restoran Bilal Sepi kat Pandan Indah. Kami rancak berbual sambil menguis-guis kisah lama.

"Dah 8 tahun kita tak jumpa kan" soal badul kat aku

"A aa...lama beb" aku jawab ringkas

"Aku ingat lagi, tiap kali aku ada masalah ko ada, kereta aku rosak ko ada, masa aku patah kaki eksiden ko ada dan jenguk aku selama aku kat wad, masa aku kecewa ditinggalkan awek pasal cerita2 sensasi pun ko ada...serba serbi masa aku masalah ko tetap ada kat sisi aku"

"ko tau beb pasal apa 8 tahun lepas aku hilang diri?"

"entah...pasal apa ek?" jawab aku sinis

"Pasal aku rasa selama aku dekat ngan ko ni..selalu bawak malang kat aku"

Cheh

Jam Bercakap?

Hari minggu lepas aku pusing2 KL dengan kawan aku. Kitorang dah plan lepas tu amik pot kat apartment member di Pandan Indah untuk overnite kat situ jer. Nak balik jauh tu beb rumah aku kat Manjalara Kepong.

Sampai jer kat umah dia dah lewat pagi, pastu dia tunjukan aku bilik. Aku agak tergoda bila tengok ada gong tembaga yang besar di dinding rumah aparment dia.

Aku tanya "Ujang tu benda alah tu buat apa?"

"Owh itu Jam Bercakap" jawab Ujang.

"Aaa??...jam bercakap? pelik bunyi dia

"Kalau ko nak tau try ketuk lah dengan hammer tu" dia menyuruh dan aku dengan bangga ketuk

"Dongggg..."

tiba-tiba di balik dinding aku terdengar...

"Woii..kepala hotak hang takde keje ker memekak memalam buto ni..tak reti bahaso ker dah pukul 3:30 pagi..benggong!!!"

Wednesday, July 23, 2008

Kat kampung aku ada kemudahan internet

Zaman sudah semakin kencang dan pesat membangun serta teknologi semakin ganas. AJK kampung sepakat untuk menyediakan kemudahan jaringan lebar atau pun internet. Untuk permulaan AJK yang akan merasa dulu untuk pakai.

Suatu pagi aku di tugaskan untuk menyapu sampah di sekitar dewan serbaguna. Semasa di perkarangan aku ternampak Pakcik Mail bergegas berlari keluar dari pejabat dewan menuju ke peti pos di pagar luar. Selepas tu dia masuk dengan tangan kosong.

Dua minit kemudian dia berlari lagi ke peti pos dan kali ini dia seperti hangin sikit dan menutup kuat pintu peti pos. Terus meluru masuk dengan muka yang kesal.

Aku masih meneruskan kerja-kerja pembersihan di luar sambil melihat gelagat Pakcik Mail tadi. Tiba-tiba kelihatan lagi sekali Pakcik Mail berlari dan melihat peti pos dan menutup dengan kuat sampai nak tercabut peti surat tu.

Aku cuba memberanikan diri untuk bertanya "Pakcik Mail, apa masalahnya tu?"

Pakcik Mail memandang aku seraya berkata..."Ni ha... komputer banggang ni terus-terus dia kato 'You've Got Mail'.

Cubaan gagalkan kareer politik Anuar dgn isu liwat

Di sana sini kita dengar bermacam-macam rencah propaganda politik yang semakin memeningkan. Dalam masa sekarang ni teringat aku dulu pernah pakcik Ayep aku ceritakan perihal rakan dia yang pergi berjumpa seorang Doktor di pekan Melaka.

Saiful mengadu kurang sihat dan setelah berjumpa Doktor, dia terpaksa dimasukan ubat melalui belakang punggongnya. untuk step pertama kali Doktor yang akan lakukan dan selepas itu dia boleh buat dengan cara dia sendiri dan mungkin dengan bantuan isteri dia.

Saiful meniarap di atas katil. Semasa Doktor memasukannya...tiba-tiba Saiful terjerit perlahan 'Ow' dan Doktor tu mengatakan ia mungkin sakit sedikit dan selepas ini dia boleh gunakan cara dia sendiri.

Pada keesokan harinya Saiful meminta bantuan isterinya dan kali ini Saiful menjerit kesakitan yang amat sangat.

Isterinya terkejut dan bertanyakan apa silapnya. Sedangkan dia cuba buat seberapa lembut yang boleh tetapi Saiful katakan semasa Doktor itu buat dia rasa kedua-dua tanggan Doktor itu berada di bahunya.

Taman Negara

aku berkumpul beramai-ramai dengan peserta untuk pergi ke Taman Negara. Dalam hiruk-pikuk peserta berbual terdengar laungan pembesar suara tangan oleh Marshall.

"Kepada peserta sila letakan tanda pengenalan diri anda di bag masing-masing"

Salah seorang peserta angkat tanggan lalu bertanya "Macamana saya nak tahu itu bag saya?"

"Itu pasal ler saya bagitau ni..ishksihk"

huuh

Papan amaran Lembu melintas

Bulan lepas aku balik Kampung, kebetulan ada mesyuarat AJK kat sana. Bapa aku suruh aku join sekali. Aku tanya "Nape nak buat mesyuarat?"

"Pasal banyak Lembu kena langgar kereta" jawab ayah aku.

"Habis tu ada penyelesaian ker?" tanya aku

"Ada, Pakcik Mail ko cadangkan supaya papan tanda amaran Lembu melintas di ubah di tempat lain"

"Pasal apa lak nak di ubah?" tanya aku

"Supaya Lembu-lembu tu tak menyeberang kat jalan tu lagi"

eh??

Seman datang KL

Pukul 3 tadi aku ke stesyen bas Pudu untuk jemput rakan aku dari Kampung. Lama betul aku tak jumpa si Seman ni semenjak 5 tahun aku tinggalkan kampung. Sebagai tetamu aku tolong angkat beg dia sambil pimpin ke arah Jalan Silang sebab kereta aku parking kat sana.

Terpaksa ler aku dengan rakan aku bertapak, tiba di lampu isyarat bunyi Buzz kedengaran. Aku terus memimpin rakan aku untuk menyeberang sambil Seman tanya aku "Beb...tu bunyi apa ek?"

"Itu bunyi tanda isyarat kepada orang buta yang lampu dah tukar warna merah" jawab aku sebagai warga kota yang udah semakin maju sambil menjeling kepada Seman yang bagaikan terkejut...

"Mak aii...tak sangka aku kat KL ni orang buta pun dah boleh bawak keter"

Adeii...

Kad kredit baru

Petang tadi aku singgah kat Giant Bukit Antarabangsa nak beli barang dapur. Belum cukup bulan barang dapur dah habis udah ler gaji tak masuk lagi ni...adui

Masa kat kaunter, aku seluk ambil wallet dengan megah aku keluarkan kad kredit Agro aku yang baru dapat tengahari tadi. Ini ler masanya, bila lagi nak merasa guna pakai.

Dengan bangga lagi takbur aku sign kat resit..."Encik boleh tunjukan sain lain yang boleh saya buat perbezaan dengan sain encik sekarang ni?" tanya casheir tadi kat aku.

"Nape?" aku pelik. "Sebab kad encik tak bersain"

"Owh..habis tu camana?" tanya aku

"encik boleh sain kat belakang kad tu untuk saya buat perbezaan dengan sain encik yang tadi"

Aik??? boleh camtu...

Tuesday, July 22, 2008

Sakit Hati

'Asal tak nak gerak ni...Eee geramnye kenapa jadi macam ni.'

'Ni yang aku malas ni kalau tak de apa-apa aku gerak jalan dulu ler.'

'Bila lagi ni...ishkishkishk'

'Tak paham aku...apa nak jadi'

'Udah dekat 1 jam lebih ni masih lagi tak gerak..'

'Jadi ler cepat aku tak sabar dah ni.'

'Jadi apa beb?' Ziko sapa aku

ni ha ko tengur ler sendiri asal ler dia tak nak gerak lagi dari tadi

ni ko tengok ler dia kat sini dari tadi kat situ jer...badigol betul ler dia ni.

Saturday, July 19, 2008




Satu Novel sastera baru yang begitu mengikat hati pembaca karya penulisan dari saudara Isa Kamari, yang tidak asing lagi kepada para pembaca novel yang sentiasa mengikuti perkembangan beliau. Dengan keterampilan gaya penulisan yang lebih serius dan teguh akan perinsip hidup sebagai Melayu Islam yang bermaustatin di Singapura, telah menjadi satu tanggungjawab untuk meneruskan perjuagan seni penulisan sastera beliau dengan satu pesanan dan matlamat dalam keperihatinan beliau terhadap senario kemelut pegangan umat terhadap Islam dan pandangan Global tentang Islam yang semakin meruncing.

Permasalahan ini telah menjurus kepada terbitnya karya novel penulisan beliau yang bertajuk TAWASSUL. Beliau beranggapan masyarakat global umumnya telah mengutuk Islam sebagai agama yang menjana kepada keganasan melalui institusi jihad. Dengan terbitnya isu-isu propaganda barat dan kebangkitan para pejuang jihad seperti kumpulan Taleban,Al-Qaedah,Hamas,Barisan Kemerdekaan Nasional MORO, Jemaat Islami Kashmir dan lain lagi telah mengugat keyakinan dunia terhadap masyarakat Islam sebagai kelompok yang cintakan kedamaian.

Beliau juga merenung akan perdebatan arena pemikir yang melumpuhkan Islam dalam menangani badai kemodenan dan perkembangan teknologi. Politik Islam dikatakan juga telah gagal. Masyarakat Islam di merata dunia kebanyakan dibelengu kemiskinan ilmu, harta dan kekuasaan. Menurut beliau lagi, Negara barat memandang dengan jelas akan peradaban Islam pada masa kini dalam kancah kemunduran dalam bidang sosial, politik, ekonomi dan budaya.

Segala retentan pertanyaan yang sentiasa menikam benak maka terpanggil beliau bagi menawarkan sedikit pandangan serta merungkaikan permasalahan sejagat dalam bentuk suapan penulisan dalam karya novel beliau.

Berkisahkan Syan, seorang botanis menjejaki kembali perjalanan datuknya yang cenderung mencari “punca dan kebenaran empiris di sebalik alam manusia”. Kerana kecenderungan ini jugalah datuknya terputus dari tali kekeluargaan dan dianggap telah murtad.

Berpandukan buku hasil dari penyelidikan mengenai Orang Imorot yang tinggal di lembah Tuwau, Syan semakin banyak mendapat gambaran mengenai orang tempatan yang kuat berpegang kepada kepercayaan karut yang tidak berlandaskan agama serta sains dan memahami kenapa datuknya dituduh murtad oleh bapa mertuanya.

Watak demi watak dan peristiwa demi peristiwa yang diperkenalkan serta didedahkan akan membawa kita ke hujung persoalan.

Antara cebisan dari petikan sinopsis Tawassul untuk wadah kepada pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan karya tulisan beliau. Selepas kejayaan beberapa tajuk novel seperti ‘Atas Nama Cinta’ dan ‘Memeluk Gerhana’, Beliau juga telah menerima beberapa anugerah yang berprestij dan diantaranya S.E.A Write Award 2006. Segala keperitan beliau dalam memperjuangkan karya-karya nasional tidak menjadi sia-sia dengan pengiktirafan yang menyokong lagi akan pembabitan terhadap dunia penulisan nusantara khususnya.




Penghasilan novel Tawassul, satu kolaborasi bagi merialisasikan kulit buku novel Tawassul melahirkan satu perasaan dalam bentuk komunikasi visual tapak yang di olah oleh pereka grafik dan juga seorang pelukis seni ia itu saudara Khyrul Alfie atau singkatan kepada Alfie. Beliau yang agak senonim dengan gaya catan yang bersifat ekpressi kotemporari naïf. Permainan warna serta bentuk visual yang terang memberi satu gambaran jelas tentang persekitaran ekosistem global yang semakin songsang dan berjaya mengwujudkan satu bentuk naratif dan seiring dengan sensitiviti penulis tentang karya novel Tawassul.

Karya-karya lukisan Alfie yang semakin condong akan permasalahan dunia dimana keadaan dunia semakin panas dengan isu-isu kemusnahan eko sistem, baik samada dari segi kehidupan sosial, politik dan ekonomi yang semakin pesat membangun menuju satu matlamat kemajuan sehingga meminggirkan kestabilan warisan kahzanah alam yang semakin pupus.

Kepada para peminat novel, Tawassul dijangkakan akan berada di dalam pasaran pada pertengahan bulan Mac tahun 2008. Perasmian novel Tawassul telah dirancang untuk diraikan pada bulan April seiring bersama dengan perlancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kepada para pembaca dan pengikut karya Isa Kamari khususnya, nantikan akan terbitnya satu novel yang bertajuk TAWASSUL.

Malaysian Naive Showcase 2008









Organize by GajahGajah Gallery & Annexe Gallery



NAIF menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermaksud terlalu lurus atau betul bendul. Ia menggambarkan tentang kejujuran yang dikaitkan dengan pemikiran serta perbuatan seseorang.Sayangnya, apabila naif dikaitkan dengan seni catan, ia kurang mendapat perhatian ramai kerana sifat karya seni itu yang diterjemahkan sebagai kebudak-budakan, tidak serius dan terlalu mudah gaya pengkaryaannya.

Bahkan, seni catan gaya naif juga dianggap sebagai tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, direkacipta oleh sesiapa sahaja, sedangkan hakikatnya seni itu turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik yang harus dipelajari oleh para pengkaryanya.

Menyedari hakikat itu, pelukis terkenal, Yusof Gajah telah menganjurkan pameran berkumpulan seni catan naif, Malaysian Naive Art Showcase 08 di Pasar Seni, Kuala Lumpur bermula 8 Mei sehingga 25 Mei ini bagi memperkembangkan lagi seni catan tersebut yang dikatakan tersisih daripada penggemarnya. Menurut Yusof yang dikenali sebagai Bapa Pelukis Naif Malaysia, seni catan naif cukup penting kerana pelbagai gaya, idea, pemikiran dan latar budaya setempat boleh diketengahkan menerusi sesuatu karya yang kononnya dikatakan naif itu. "Kita kena ada lukisan yang berwajah Malaysia.

Seni catan naif banyak menyumbang ke arah itu. Ini kerana, seni catan naif mempunyai arah pemikiran dan temanya yang tersendiri terutamanya tentang alam dan budaya persekitaran pengkaryanya. "Ciri-ciri kejujuran mudah terserlah kerana para pengkarya seni catan naif memaparkan apa yang mereka rasakan. Apatah lagi, kebanyakan pengkarya seni catan naif biasanya bukan daripada kalangan pelukis yang profesional. "Misalnya, mereka mungkin boleh jadi daripada kalangan kerani tetapi mempunyai minat yang mendalam dan tajam idea dalam bidang lukisan," katanya ketika ditemui pada pameran Malaysian Naive Art Showcase 08 yang telah dirasmikan oleh duta Norway di negara ini, Arild Braastad baru-baru ini.

Pameran berkumpulan pelukis seni catan naif itu merupakan kali ketiga dianjurkan di mana kali pertama telah diadakan pada 1998 dengan mempa- merkan karya empat pelukis iaitu Yusof Gajah, Zila Zain, Shima dan Azmi S.H. Sementara, pameran berkumpulan pelukis seni catan naif kedua dengan tema berjudul Appear Innocent pula telah diadakan pada 2001 dengan disertai oleh pelukis seperti Yusof Gajah, Mat Dollah dan Adeputra. Bagaimanapun, kali ini seramai 37 pelukis seni catan naif telah menyertai Malaysian Naive Art Showcase 08 dengan mempamerkan lebih 100 buah lukisan yang dijual dengan harga antara RM550 hingga RM150,000.

Gaya penceritaanKepelbagaian citra naif dapat dilihat daripada kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagaikan tidak berkesudahan dengan menampilkan pelbagai imej landskap seperti banjaran gunung, bukit-bukau, hutan-rimba, ladang pertanian, sungai, tasik dan laut. Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naif, misalnya suasana kehidupan di bandar dan luar bandar yang boleh mengimbas kenangan serta pengalaman para pengamat sesebuah karya tersebut.

Karya-karya catan naif juga mudah untuk diidentifikasikan kerana gambaran yang diutarakan biasanya mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah atau sering dilalui oleh anggota-anggota masyarakat. Persembahan visual gaya penceritaan seperti ini lazimnya mampu untuk mencetuskan kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap sesuatu karya gaya naif.

Turut dipaparkan menerusi pameran ini ialah unsur-unsur pribumi Melayu nusantara yang ketara menerusi identiti rumah tradisional serta bangunan dan kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Selain itu, turut ditonjolkan ialah mesej tentang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar termasuklah peri pentingnya pemuliharaan sungai sebagai antara nadi kehidupan seperti yang dicatan menerusi karya oleh Alfie sendiri.



Wartawan oleh
ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my